Sunday, January 30, 2011

Hello 2011

Its been a while since I made an entry here. Hope its not to late to wish Happy New Year 2011 to you readers out there. Yes, you!! Any accomplishment for 2010 resolution? I know, its already end of January, so I shall not say about it anymore. But, I do have my own resolution for 2010.

  1. Alhamdulillah, I just finished my CE. Hopefully it went well. NO need to repeat any paper and can proceed with convocation.
  2. I'll start back my business with the support of the LEADERS. Hopefully, no turning back.
  3. Alhamdulillah, I've change my job for about 3 months now. Its all about better opportunities ahead.
  4. Lose weight? I managed to lose weight by using PREMIUM BEAUTIFUL. But now, since I'm on medication, I've put on weight. Hopefully, PB can control and maintain my weight.
  5. Thanks to MD3C. I join the Android training program and I got myself an Android Smartphone & Pinkish Dellicious laptop.
  6. Holiday? To tell you the truth, I have to go on holiday for every 3 month, just to rejuvenate my mind & body, so I can focus on my job & business.
  7. Self-development? I had attend two seminars organized by Dr. Az!zan Osman. Other than that, nada!
How about this year resolution?
  1. Convocation with two line on the robe. It will be around October 2011 if I'm not mistaken.
  2. Settle all my PTPTN loans. (Jangan dah abis bayar baru dapat kontrak pembayaran ujrah!)
  3. Focus on businesses.
  4. New and roomy car, perhaps! When I join any bazaar, its hard to bring all the equipment in a compact car.
  5. Buy another properties for long-term investment.
  6. Lose weight. (will have it every year :P)
  7. Holiday, holiday, holiday.
  8. Deco, deco, deco.
  9. I'll write more and more.
  10. Had a complete set of Sophie Kinsella's and Cecelia Ahern's books.
  11. Join any self-development program.
  12. InsyaAllah, having a baby.

Friday, December 24, 2010

Dah confirm ke?

ihsan pakcik Google

Apa yang dah confirm?
Comprehensive Examination (CE). Ingatkan G$M dah lupa pasal CE nih. Kami lagi suka kalau takde. Tapi apakan daya, setelah sekian lama tak sentuh buku teks dan nota-nota kesayangan..

CE tuh apa?
Peperiksaan bertulis yang merangkumi SEMUA subjek sepanjang pengajian.

Semua?
Ya, semua. Ada 12 subjek. Tapi subjek-subjek ini akan dikelaskan mengikut bidang.

Bukan dah habis belajar ke? Kenapa ada exam lagi?
Ya, memang kami dah habis belajar. Tapi kami jadi tak senang duduk, apabila belum menduduki peperiksaan komprehensif nih. Syarat bergraduat bagi pelajar MBA adalah dengan menulis case study atau research paper. Tapi kami pelajar MMIT dikehendaki menduduki peperiksaan komprehensif nih. (Gara-gara tak nak buat case study atau project paper sanggup tak amek MBA)

Bila examnya?
21 - 23 Januari 2011. Tapi belum rasmi lagi sebab takde briefing pasal nih.

Tuesday, December 14, 2010

Happy 3rd Anniversary

Tahun nih kami makan-makan di restoran Fullhouse, Sunway Pyramid. Habis kerja, Acid jemput terus ke sana. Tapi sebelum tuh kita solat maghrib dulu.

Starter adalah mushroom soup. Kami order calamari & onion ring, tapi dapat bila main course dah makan separuh. Huhuhu.

Nih menu Acid, Breaded Chicken Cutlet. Macam chicken chop, tapi takde coslow dan kuah blackpaper. Hanya kentang goreng, salad dan sos tomato.

I order Chicken Chop. Sebenarnya Grilled Chicken Chop. Kuah blackpaper dengan kismis, kentang lenyek dan baby sawi rebus. Lain daripada yang lain.

Last but not least, Blueberry Cheese Cake. Rasa macam aiskrim..sedap.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Saturday, November 6, 2010

Suasana Baru

Selepas hampir sebulan tidak bekerja, I mula bekerja kembali di tempat baru. Kalau drive dari Serdang, makan masa lebih kurang sejam. Kalau jem, lebih dari sejam. So, kena keluar sebelum pukul 7:30pagi. Oh, lupa mention, I kerja kat Le!sure Commerce Square. I tak ikut Sunway, tapi Jalan Klang Lama-Jalan Templer-Federal Highway-Sunway. Balik pun ikut jalan yang sama. Pejabat baru dekat dengan pejabat Acid. Tapi tetap tak boleh nak car pool. Sebab dia pergi kerja ikut Federal Highway, keluar awal ckit dari I & balik tak tentu masa. Kalau dah pindah Shah Alam nanti, tak sampai sejam nak ke pejabat.

Bercakap pasal pindah Shah Alam, I ada google kontraktor yang buat pengubahsuaian rumah. Tapi, macam takde jodoh je. Bila I call, susahnya la dia nak angkat telefon. Bila sms tak berjawab. Email pun sama, takde reply. Mungkin tengah banyak projek kut. Akhirnya buat dengan kontraktor yang buat rumah kat Serdang. Lagi pun, dia kawan ayah. Takde la masalah kena tipu ke apa. Sebab banyak jugak kes yang kena tipu. Dah bayar semua, tapi rumah tak siap-siap. Rumah Shah Alam tuh, masih dalam proses perbincangan lagi sebab sebelum nih pekerja dia balik beraya. Ok, stop cerita pasal rumah. Nanti I update lagi.

Apa yang suasana baru? Suasana baru di tempat kerja. I masih ingat lagi, masa 1st interview kena buat test. HR manager tak inform, I pun takde la buat persiapan. I hanya baca info pasal company. Terbaik! Thanks Kak Lin, jadi pelampung :P kihkihkih. Lepas test terus interview dan I boleh cakap yang I tak nak buat programming. Interviewer pun tanya balik, kenapa tak nak buat programming. Padahal baru 3 tahun jadi developer. :P Jawapan I, I nak apply apa yang I belajar masa master. Interviewer tanya lagi, kalau post lain nak ke? Tester? No. QA? No. I jawab, maybe SA or related PM.

I tak sangka la pulak dapat 2nd interview. Memandangkan macam banyak songeh. Itu tak nak, ini tak nak. Untuk 2nd interview pun dua kali reschedule. Cuti dah abis, so tak boleh la nak cuti @ halfday selalu sangat. Tak pasal-pasal je kena tolak gaji. Pergi interview pun siap bawak lecture notes sebab malam tuh ada midterm. Nasib baik jugak bawak lecturer notes sebab interviewer kena pergi client site pulak. Makanya kena interview dengan 2nd bos. Dia tanya bila I boleh start kerja. I bagitau nak kena bagi 3 bulan notis. Tapi dia macam tak boleh nak terima sebab lama sangat. Ting! Baru teringat, kontrak nak abis bulan 10. I cakap lepas abis kontrak boleh la, tapi nak kena bagi abis kelas dulu. Tak kan baru masuk kerja dah sibuk nak balik awal, nak cuti tuk final exam. Lepas tuh direct jumpa CEO, sign offer letter.

Overall, I have to report to two bosses. 1st boss, DeH of OPQM and 2nd boss, DeH of TRS. This company aiming for CMMI L5 in 2012, now they are at CMMI L3. I still kena buat programming, to be exact, tools for them in achieving L5. 4 hari kat sana, I hanya baca dokumen pasal QM, CMMI L3. Mengantuk ok! Minggu depan ada training pasal CMMI L5 dan lepas I go thru the training course outline, ada yang sama dalam chapter PQM dalam subjek SPM. L4 & L5 banyak menggunakan statistical data. There u go, statistic! Sad but true, they blocked FB! Huhuhu.. Its good, bcoz staff can work productively and I need to buy new phone. Motive? Lu pikir la sendiri.

p/s: Sekarang I paham perasaan Acid yang drive jauh-jauh, tempuh jem pergi ke/balik dari kerja, bila baring-baring sambil tengok TV, skejapan dah terlelap. Memang letih ok!

Saturday, October 9, 2010

So Long, Farewell, It's Time To Say Goodbye

Semalam hari terakhir I bekerja di S!SB. Kelmarin mereka-mereka (kecuali bos-bos) buat farewell lunch untuk Amir & I. Genap 3 tahun berkhidmat, calibut. Miahaha.. (Gelak jahat disitu) Cukup-cukuplah timba pengalaman kat sana. Boleh timba kat tempat lain plak. :P Niat dihati nak berhenti tukar kerja dah lama. Dari sebelum sebesar-besar saiz tech team sampai la nih tinggal 2 orang je. Orang lain yang sibuk nak berhenti, orang lain yang berhenti dulu. :P

Perasaan? Bercampur-baur.. LOL! Betul, tak tipu OK! Hikhikhik.. Rasa gembira, rasa sedih dan dalam masa yang sama rasa gusar, sebab tak tau macamana keadaan kat tempat baru nanti (adakah se fleksibel di tempat lama). Satu lagi, TEKANAN untuk menempuh lautan kereta. Sila la keluar awal, bak kata Cikgu Misae, 6:30 tepat dan lebih kurang kul 7:15 dah sampai. Mak ai.. Takpe la, masih ada jalan alternatif yang lain selain dari ikut Sunway.

Ada masa lagi 3 minggu sebelum mula kerja kat tempat baru. Maknanya tinggal lagi 3 minggu nak habis belajar. Weehu!! Makanya, bolehlah siapkan assignments yang dapat tetiap minggu tuh. Boohoo!! Bosan kut. Trimester nih memang terasa berat. Dengan result midterm yang teruk tuk dua-dua subjek IT (Tak study ke?). Dalam masa menyiapkan assignment, kenalah study skali tuk final. Sambil menyelam minum air. Fighting!!

Thursday, September 9, 2010

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas

Ramadhan berlalu Syawal meniti,
Tangan dihulur seikhlas hati,
Saling bermaafan di Aidilfitri,
Terjalin ikatan kekal abadi.

Monday, July 19, 2010

Update on first week of class

Trimester baru pun dah bermula. Ini adalah trimester terakhir. InsyaAllah, dalam bulan Oktober, habis. Tapi bulan Disember ada Comprehensive Examination (harap-harap lulus, supaya tak perlu repeat exam sebab examnya setahun sekali :P). Keputusan trimester lepas, masih belum rasmi lagi. Ada 1 subjek yang masih berstatus 'N'. Confirm tak dapat sapu rumah flat sebab dah dapat 1 A-. Apa-apa pun, Alhamdulillah. Cuma cuak dengan result FM nih.

Seperti trimester lepas-lepas, I daftar 3 subjek; 1 core - Strategic Management (SM), 2 specialization - eCommerce (EC) & Software Project Management (SPM). Trimester kali nih, ketemu kembali Dr R. Beliau mengajar subject SPM. Dr AB mengajar subject EC. Nih kali pertama beliau mengajar di GSM. SM pulak, Prof. Z yang mengajar. Ada adegan jemput-menjemput. Adeh. Hopefully, this trimester dapat sapu rumah flat.

Hari Jumaat nih sampai hari Isnin depan nak kena pegi GSM Corporate Strategy Simulation a.k.a War Game @ Kem PLKN Permata Resort, Alor Gajah, Melaka. Kelmarin dah pegi shopping dengan Kak Lin kat Jalan TAR (tujuan utama membeli tudung, padahal takde dalam senarai.. :P). Beli barang-barang yang nak bawak. Tak semua barang kena beli. Kalau nak beli pun, beli yang murah-murah sudah. Sebab tak tau barang-barang tuh masih boleh pakai lagi tak.

P/S: I ada almost 10 entries kut yang dalam draft mode. Niat dihati nak klik button "PUBLISH POST", tapi apakan daya, I klik button "SAVE NOW". I'll publish one by one later. (Boleh terima tak alasan I tak update blog :D)

Friday, May 14, 2010

Sepi

Hampir sebulan I membiarkan belog ini sepi. Adakah kerana I terlalu sibuk dengan kerja? Yup. Tech. team dah makin menguncup. Kenapa menguncup? Lepas sorang, sorang resign (to date 4 orang dah..) New comers? Nada. Takde project baru masuk. Duduk diam-diam sudah. Buat change request, either enhancement or fixing bugs. Tak pun buat housekeeping. Bosan.

Starting bulan lepas jugak, I create an online shopping store, Purple Heart Store. Alhamdulillah. Boleh tahan jugak la hasil jualan bulan pertama. Harapnya akan bertambah-tambah untuk bulan seterusnya. InsyaAllah. Rasa seronok buat business nih sebab bila ada orang beli, kita akan rasa puas. Pegi kerja pun tak seseronok macam nih! Boo hoo! Tunggu apa lagi kawan-kawan? Marilah membuka online store. Semuanya dihujung jari anda.

Semalam I baru abis midterm exam. Paper Financial Management. Walaupun tuisyen dengan Emy, still tak bleh nak jawab. Teori jangan cakap la. Memang banyak. Tak boleh jawab pun. Huhuhu. Formula bleh bawak masuk. Kalau tau formula, tapi tak tau guna untuk apa pun sama jugak. Yang boleh jawab, bila guna Financial Calculator. Thanks Emy, sebab ajar I. A? Lupakan saja. Musnah harapan I untuk mengejar rumah flat.

4 minggu lagi nak final exam. Maknanya tinggal 3 minggu je nak kena siapkan present 2 projek dan hanya ada 2 minggu untuk siapkan projek tersebut. Aiaiai..

Monday, April 12, 2010

Cerita Hujung Minggu

Hari Sabtu I ada exam PTD. Bila tahu pusat peperiksaan dekat dengan rumah, boleh la keluar dalam pukul 8:30. Padahal dalam surat jemputan dah bagitau datang awal 30 minit sebelum peperiksaan bermula (dah kena ada kat sana pukul 8:30 :P). Memula, nak ikut jalan Hospital Serdang, belum sampai traffic light sblm tol UPM, jalan dah jemmed. Patah balik, ikut jalan dalam pulak (UPM - Mardi). Dari fakulti kejuruteraan tuh pun dah jammed. Gila la!! Sempat lagi bermukabuku. Update status. Kihkihkih. Tak pernah jammed teruk macam nih. Kalah orang nak pegi konvo.

Dah la masa nak keluar dari rumah, hujan renyai-renyai. Redho je la, redah hujan kalau parking jauh. Sebabnya, dalam kereta takde payung (sediakan payung sebelum hujan). Aduhai. Ramai yang parking sepanjang jalan dari simpang nak ke Mardi sampai la kat kawasan MAEPS (tipu - lepas turun bukit baru orang start parking tepi jalan). Semuanya dengan harapan, nak kejar paper seksyen A. Masa nih dah pukul 9 lebih. I plak parking kat Pasar Tani. Pasar Tani? Yea, Pasar Tani. Sebabnya, I nampak shuttle tengah tunggu mereka-mereka yang berjalan kaki. (Sangat kagum dengan ibu-ibu yang sarat hamil. Gigih ok! Parking jauh-jauh, jalan tak boleh nak cecepat, nak kejar shuttle lagi - Semoga luluslah mereka-mereka itu. Amin..)

Exam kali nih bukanlah untuk jawatan PTD sahaja. Untuk tahun 2010, berlaku sedikit rombakan pada sistem ambilan pegawai Perkhidmatan Awam Gred 41. Ianya melibatkan 14 jawatan termasuk Pegawai Tadbir Diplomatik. 14 perjawatan tersebut ialah

1. Pegawai Arkib Gred S41
2. Penguasa Kastam Gred W41
3. Penguasa Bomba Gred KB41
4. Pegawai Siasatan Gred KR41
5. Penguasa Penjara Gred KX41
6. Pegawai Penerangan Gred S41
7. Pegawai Penguatkuasa Gred N41
8. Pegawai Keselamatan Gred KP41
9. Pegawai Belia dan Sukan Gred S41
10. Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
11. Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41
12. Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
13. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
14. Penguasa Imegresen Gred KP41

Kesemua jawatan ini harus melalui Ujian Bertulis secara berpusat dengan format yang sama. Jika sebelum ini peperiksaan bertulis hanya melibatkan 4 perjawatan sahaja, tetapi kini ianya diselaraskan di bawah satu nama iaitu "Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41". Format peperiksaan cuma sedikit berbeza dengan format peperiksaan bertulis PTD sebelum ini iaitu di seksyen C dan tambahan ujian Sahsiah Diri dan minat. (Fakta bukan auta)

Exam sampai pukul 5 lebih. Kalau mula lambat, semua paper pun akan berganjak la masa dia. Secara keseluruhan, exam kali nih lagi senang jika nak dibandingkan dengan tahun lepas. Huhuhu. Tahun lepas punya exam, "Dukacita dimaklumkan, anda GAGAL ujian bertulis" (jangan la guna perkataan gagal. Kan ada perkataan lain yang lebih manis, TIDAK BERJAYA). Tsk tsk tsk.. Bila dah balik rumah, check online punya no angka giliran tak sama dengan dalam surat. Boleh? Adeh!! Dah la I ikut yang dalam surat. Harapnya exam kali nih berjaya!!

Semalam, pegi rumah Shah Alam. Bersihkan sikit-sikit. Baru 5%. Masih ada 95% nak kena kemas. Memang tetiap minggu pegi Shah Alam la lepas nih. Bekerja keras mengemas rumah, sebelum kerja menaiktaraf dilakukan. (Menaiktaraf a.k.a. membaikpulih segala kerosakkan). Harapnya dalam masa terdekat dah boleh mula.

Thursday, April 1, 2010

Purple Heart Store

Introducing to you my online store, Purple Heart Store..

Related Posts with Thumbnails