Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Yes peps! I tak balik kampung. Esok petang lepas Acid balik kerja, barulah kami bergerak ke Tanjung Ipoh, N9. So, hari nie I duk kat umah sorang-sorang. Serius tak rasa macam raya. Huhuhu. Mungkin sebab I menyibukkan diri dengan :

My to do list:
  1. Sediakan juadah di pagi raya. Menunya


    macaroni cheese with spegetti sauce plus hot chocolate. Dah Acid suka makan dengan macaroni cheese, I ikut saja. Saja masak banyak. Boleh ulang-ulang makan sampai lebam. Hikhikhik. Acid pun bawak bekal g opis. Kuih raya hari tuh pun tak abis lagi. Ada yang tak buka langsung.
  2. Basuh baju. 3 loads ok! Fyi I memang akan basuh baju hujung minggu. Means, 1 load baju I, 1 load baju Acid, 1 load lagi kadang-kadang towel dan cadar. Sangat puas hati sebab semuanya kering. Yay!
  3. Kemas dapur. Iye, lepas masak kenalah kasi kilat dapur tuh. Maknanya, malam nie dapar itu tidak berasap. Hikhikhik..
  4. Cuci toilet. Boleh la basuh baju dengan tangan. Dulu rajin la jugak nak basuh t-shirt, shirt, jeans, skirt guna tangan. Guna mesin naik rosak jadinya.. kena basuh tangan jugak.. tsk tsk Tapi hari nie tak larat dah nak basuh baju guna tangan. Esok je la.
  5. Balut buku teks. Dah 4 minggu kelas, baru nak balut. Huhuhu. Yeala nak tunggu semua buku teks ada baru nak balut. Letih ok, nak cari buku teks SAD. Kat publisher dah abis stock pulak. Nie pun dapat kat University Bookstore PJ.


    Minggu lepas g cari kat MPH SACC mall. Tapi takde. Kalau ada pun, kat MPH Penang. Tak dapat buku, dapat mende lain plak :P Dah start Year End Sales kan? Hikhikhik


  6. Study. Tapi tak study lagi. Huhuhu. Tak lama lagi nak midterm dah. Letih dah buat kerja satu hari nie.
Nie pulak to do list tuk esok :
  1. Basuh baju dengan tangan.
  2. Iron baju.
  3. Kemas beg nak balik kampung.
  4. Study..

Thursday, November 26, 2009

Dilema Hari Raya

Lepas acid g kerja pagi semalam..

ayah : awak balik tak kampung?
me : balik, tapi rashid kena kerja hari Jumaat..
emak : hari raya pun kerja?
me : sebab ada orang yang tak kawin cuti pulak.. (kalau ikut logik kena la bagi keutamaan pada yang dah kawin..)
ayah : takpe la, awak balik la masa kenduri je nanti..
me : (sangat sedih..)

Apalah yang I nak masak di pagi raya, kalau tak balik kampung? Dah la masa balik beraya kat JB I tak dapat makan lemang.. Raya Haji pun tak dapat jugak ke? Aduhai.. I ingat lagi, last time tak balik beraya masa parent I g haji.. Yeala dah uwan pun duduk sini masa tuh, Acid pun beraya sama kat sini.

Sebenarnya dah plan nak balik jugak malam nie.. Esok lepas breakfast & solat sunat aidiladha, Acid trus pegi kerja. Yang jadi masalah sekarang nie sama ada I nak stay kat kampung @ ikut dia balik skali.. Kalau I tak ikut dia balik, maknanya esok lepas kerja dia akan balik rumah Shah Alam. Hari Sabtu, lepas habis kerja baru dia balik kampung balik. Acid plak suruh I stay je.. So, boleh tolong-tolong tuk kenduri. I nak ikut balik sebab boleh la study kat umah (study ke?).. haruslah study.. walaupun nanti balik kampung bawa buku segala, boleh jamin ke I study?

Anyway, kami nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir Batin jugak ke? hikhikhik..

Wednesday, November 18, 2009

Alhamdulillah.. Syukur..

I baru je check result tadi. Alhamdulillah, walaupun takde A langsung still manage to get 3 pointer. Habis duk sapu segala B. Memang dah agak pun dapat result macam tuh. Sem nih kena la pulun bagi dapat A plak. (Hint : I nak berhenti kerja.) Paling tak sangka subjek Accounting dpt B+. Bak kata Pn. Akauntan a.k.a. Emy, "Okla tuh.. Dah ler takde basic accounting, boleh juga dapat B+". Itu pun I rasa lecturer dah banyak membantu.

Ramai juga yang dapat semua A. Especially Emy. Hampir nak sapu rumah flat. Im really envy with her achievement (dengan workload kat opis, dengan nak layan suami & anak-anak). Ada juga kawan I yang sapu sama-sama B, boleh? Hikhikhik.. Takpe-takpe, sem nih kita dah start amek subjek IT, make sure A ok!

Tuesday, November 17, 2009

Good Luck!

Dear Adam,

Good luck for your exam. I am sure that you will do great.


p/s : macam tak sesuai je letak gambar cik teddy.. =)

Monday, November 9, 2009

Shopping @ IKEA

Ini adalah hasil membeli belah di Ikea semalam.

Side table yang digunakan untuk letak mini fridge atasnya.. Ingatkan kecik je mejanya.. bila dah assemble terlebih muat.

Remote control pocket yang sepatutnya letak kat sofa, tapi kami letak kat kepala katil dengan alasan malas nak capai segala remote bila nak tido / terjaga masa tido nak switch off aircond / slow kan kipas.

Enchek suami yang berminat nak beli glass door cabinet nih.. rasa macam nak beli lagi 1. Pastuh boleh beli lampu sekali. Tunggu pindah dulu kut. Tapi bila nak assemble, mak datuk susahnya..

Mula-mula tak nak beli, pastuh rasa macam nak beli. Bila dah balik rumah mak cakap, "awak nak buat apa tupperware banyak-banyak.."

Bed storage box nih memang tak plan pun nak beli, biasa la kan.. bila dah sampai sana mende alah yang tak rancang nak beli pun boleh terbeli.. hikhikhik..

Sebenarnya banyak je lagi nak beli, tapi takpe la beli sikit-sikit dulu. Semua nak letak dalam bilik tak muat la kan?

Friday, November 6, 2009

Summary of 1st week class for 2nd Trimester

The timetable for this 2nd trimester is carca-merba. Clash with other classes and the timetable it self changing all the time. Plus, student portal always down. I took 3 subjects. Mon - Human Resources Management (HRM) - the lecturer is not an academician but have a lot of experience in HR industry, Tue - Marketing Management (MM) - the lecturer is from IPTS, Thus - System Analysis and Design (SAD) - the lecturer is from my beloved faculty and we are going to learn about SADNESS.

Punya la bersemangat nak g kelas hari Isnin. Ceh! Selalukan Monday Blues. Antara sebab musabab semangat

(1) Semangat nak amek buku teks je lebih. Boleh tak? Tapi buku teks pun dapat untuk core subject je. Since SAD dah masuk specialization subject takde la buku teksnya. Kena la beli.. Nak kena tanya kat publisher yang bagi buku teks. Mana tau boleh dapat diskaun ke hape kan? Sapa yang tak suka diskaunkan?

(2) Semangat nak amek surat pengesahan pelajar dari GSM supaya boleh buat pengeluaran Akaun II KWSP. Sekali pegi pagi tadi, tak cukup pulak. Punya la budget kalau sampai gaji bulan lepas, memang lebih dari cukup. Rupa-rupanya majikan buat caruman sampai bulan Ogos je. Tau la diaorg ada financial problem, tapi tue kan duit pekerja. I still bersyukur gaji jalan. Bila tanya orang HR, sorry la lambat sikit. Bila dah jadi macam nie, terus tak bersemangatnya nak buat kerja.

Result pulak, belum dapat lagi. Bila dah dapat result boleh jatuhkan semangat yang tinggal tak seberapa nih..

Related Posts with Thumbnails