Tuesday, February 23, 2010

Happy 60th Birthday Dad

You've always been there for me
And I know you always will be
You're the one who taught me everything
And you've helped me to see

That you're the one who made me
who I am today
By being that special person,
you know no other way

You taught me life's lessons,
About how to be a good friend,
About being honest
And playing till the end

Whenever I had a problem
You were always there
To walk me through it
Or to just tell me that you care

You were always my protector
Around you I felt so safe
No one could harm me
While I could see your face

I've always trusted you
You're the first man to hold my heart
Cause you are my father
And we will never part

Im writing this to say
Thank you for being you
For always being there
For always being true

I love you dad
And today's your special day
So face your future
I'm behind you all the way

Monday, February 22, 2010

Hari Keluarga Hjh. Saudah 13-15 Feb 2010

Okey, seperti yang dijanjikan, entry pasal family day. Tahun ini kami ke Pulau Pangkor. Kami bertolak dari Serdang pukul 8:30pagi sampai chalet pukul 5:30petang. Banyak tempat persinggahannya. Lebuhraya jangan cakap la, memang sesak.

Hentian pertama R&R apa ntah.. Adeh, bleh pulak lupa. Yang pasti bukan Restoran Jejantas Sg. Buloh :P. Hentian kedua, lepas masuk tol Bidor, cari stesyen minyak dan En. Tan. Hikhikhik. Kemudian sesi tukar pemandu. Nasib baiklah sepanjang jalan ke Lumut jalan tak berapa nak sesak. Hentian ketiga, restoran pakcik McD. Lapar sudah. Mana tak nya, dah nak dekat pukul 3 masa tuh. Bila perut dah kenyang, terus ke Jeti Lumut. Satu hal pulak bila dah sampai sana, nak cari parking. Yeala, kalau dah musim cuti nih, confirm-confirm keta banyak. Boleh kata semua parking penuh.

Mood untuk bergambar dah ilang. Yeala, dengan cuaca panas tak hengat, dengan parking jauh, dengan nak beratur naik feri memang badan letih gila jadinya. Bila fikir-fikir balik, takpe la, ambil gambar nak balik nanti.. Kita layan gambar sikit..

Feri - Naik Selalu. Tiket pergi-balik RM10.

Sampai je kat Pulau Pangkor, naik teksi (van-1 orang RM4, kalau penuh 1 van 7 orang RM20). menuju ke chalet. Budget Beach Resort namanya (1 malam RM130). Kalau buka peak season, murah lagi rasanya. Kami sewa 10 chalet dan 1 rumah (Purnama Beach Resort). Rupa-rupanya, rumah yang kami sewa tuh, adalah rumah yang kami pernah sewa sebelum nih.. Kalau tak silap tahun 1997. Masuk chalet, rehatkan badan, mandi dan solat. Lepas tuh pegi jumpa uwan kat rumah dan minum petang.

Aktiviti malam, games tuk kanak-kanak dan remaja.

Hari kedua, acara sukaneka. Banyak acara yang telah disediakan oleh AJK Sukaneka, Mak Teh & Pak Teh untuk kanak-kanak, remaja dan pasangan suami isteri. Lokasi sukaneka dah beralih tempat sebab nak kan privacy.

Atas : Nabil, Amar, Bayu, Syakir, Farisha, Hanini & Hilman
Bawah Kiri : Gila jauh nak jalan ke lokasi baru
Bawah Kanan : Khemah bergerak. Dah lokasi bertukar, khemah juga harus dipindahkan ;)

Kami dan t-shirt rasmi sempena Hari Keluarga

Atas : Keluarga kecil kami ~ Acid, Adam, Amir, Ayah, Emak & I
Bawah : tak sah, kalau g pantai tak buat :P

Acara Kanak-kanak

Acara Remaja Perempuan

Acara Remaja Lelaki

BBQ

Pakaian Beragam

Acara Pasangan

Hari ketiga, barulah dapat mandi pantai. Pepagi lagi dah pegi. Kalau lambat, matahari dah kuar, makin berkilat la ;P Mereka-mereka ada yang pergi snorkeling. Kami tak pegi pun. Lepas mandi-manda terus balik bilik, mandi & kemas-kemas nak checkout.

Kami - Sebelum checkout

Cayalah Hadif! With atuk & uwan ek Yash? Hikhikhik

Uwan bersama sebahagian daripada anak-anak, menantu, cucu-cucu dan bibiks

Last but not least, Keluarga Hjh. Sauddah

Lepas sesi bergambar ramai-ramai, kami pun bertolak balik. Punya la susah nak dapat teksi. Asyik penuh je. Dah la tengah panas terik. Dapat naik teksi pun gilir-gilir. Sampai kat jeti gila panjang barisan orang beratur nak naik feri. Ada la 4 lane kut. Nak dekat 2 jam jugak la berdiri. Ended up Acid naik feri lain, I naik feri lain. Handbag, handphone, camera sume kat dia. Nak amek gambar kat feri dengan dia pun tak dapat. Gambar kat feri nanti-nanti la yea.

Sampai kat jeti Lumut, kami terus pegi makan. Lapar ok! Mereka bercadang nak ke Night Safari di Zoo Taiping, ke Kuala Kangsar dan bermalam di Bukit Merah. Acid & I, Makyu & Paksu, Pak Ngah sekeluarga je yang terus balik rumah. Sesi penyampaian hadiah sukaneka pulak buat ujung minggu nih.. I tak ingat dah menang acara apa ;) Tahun depan ke mana pulak kita?

Thursday, February 18, 2010

Fuhh!!

Petang tadi dah antar assignment. Sebelum pukul 5. Yea beberapa minit sebelum pukul 5. :P Masa nak hantar assignment, I di approach oleh seseorang. Memandangkan dah tinggal beberapa minit nak pukul 5, so, I cakap dengan dia, I nak kena hantar assignment dulu, nanti I turun balik. Bila I dah turun, cuak jugak la. Yeala, dia tunggu je dalam keta. Rupa-rupanya dia nak cari freelancer. Nih first time nak buat freelance. Harapnya takde la yang kena tipu :)

I dah upload gambar family day ke Pangkor. Takde la banyak sangat gambarnya. Rasa macam malas je nak amek gambar. Mungkin nak kena beli DSLR(hint). Yeala, lagi pun hasil meeting kat Pangkor, kami kena jadi photographer. Esok, entri psal Family Day plak. (Bila masa plak nak buat mockup?)

Wednesday, February 17, 2010

comel

Ini adalah selingan.. hukhukhuk.. sat g sambung buat assignment balik.. ceritera Pulau Pangkor akan diupdate lepas assignment siap ;) kat FB pun tak upload lg..

Friday, February 12, 2010

Happy Holiday!!

Semalam last paper tuk trimester kedua. Yeaha!! Cuti 3 minggu ok!! Tapi still ada 2 assignment yang belum siap. Ikut perancangan kena hantar semalam. Tapi class rep. mintak tangguh, yeala tak dan nak study & siapkan assignment sekali. Nasib baik Dr. R bagi kelonggaran. Hantar dalam masa seminggu je. Assignment 3 masih dalam proses, assignment 4 tak kan mula buat selagi assignment 3 tak siap..

Cerita pasal final exam, nih la kali pertama sepanjang-panjang jadi pelajar kat U exam open book. Tapi tuk 1 paper je. Paper marketing. Ada 10 soalan (case study) pilih 4 je. Nak baca semua soalan pun dah amek masa 30min. Dah la 2 jam je. Sudahnya sempat jawab 3 soalan je. Paling kelakar bila penjaga peperiksaan tuh ckap letak segala nota dan buku kat depan. Semua macam :O Gila hape? Dah nama open book, confirm-confirm tak ngapal satu mende pun..

On the day paper HRM, company I buat luncheon sempena CNY. Sungguh la dalam dilema nak pegi ke tak nak. Boss and my colleague siap sms dan calling2 lagi. Akhirnya I tak pegi pun, mengenangkan nak exam malam tuh dan still tak abis-abis lagi study. Letih ok nak baca ikut tips. Ada tips serupa baca semua. Apakah?? Around 530 dapat sms dari Kak Lin, katanya ada special tips. Last minute nye tips sangat membantu..

Setelah cuti dari hari Khamis lepas (Khamis - MC, Jumaat-Khamis - AL) sampai la semalam, hari nih I masuk opis balik. Gila gigh masuk opis hari Jumaat. Nak simpan cuti punya psal!! Paling I tak suka, company suh amek compulsory leave tuk hari Rabu. Memula tak suka sebab suka hati je nak tolak cuti I yang dah tinggal 11 hari. Tapi bila pikir-pikir balik, takpe sebab nak kena siapkan assignment. Hari Khamis masuk opis, print segala assignment terus pegi hantar..

Esok, nak pegi holiday!! Family day to be exact. Ke manakah destinasinya?? Pulau Pangkor. Kalau tak silap, last pegi sana masa form 1@2. Family day jugak. Makanya malam nih kena la tido awal, sebab esok nak gerak awal. Tapi, Acid belum balik dari opis lagi. Nasib baik dia dapat cuti sempena CNY. Tahun lepas, dapat cuti sehari je. Nasib baik dekat, kalau jauh tak dapat nak join. Can't wait!! Can't wait!!

Ok, I still need to do few things or else esok pagi kelam-kabut!! Happy New Year & Happy Holiday!! Gong Xi Fa Cai!!

Thursday, February 4, 2010

I need a break!!

Semalam lepas balik kerja terus g klinik. Hajat dihati nak amek mc hari nih. Memandangkan cuti tahunan dah tinggal sikit (yea, walaupun baru bulan Febuari, cuti I dah tinggal 11 hari - tahun lepas pinjam 2 hari bulan nih amek cuti 5 hari tuk final exam). Susah betul takde study leave/exam leave nih. Nampak gayanya cuti tahun nih memang untuk exam semata-mata.

Doktor pun bagi mc. Sebab doc cakap I nampak pucat. Haruslah muka pucat, lepas solat asar tak oles bedak pun. Apatah lagi pakai lipgloss. Pastuh, doc cakap I punya blood pressure pun rendah dan I perlu rehat yang cukup. Sejak dah mula belajar balik, tambah pulak tak cukup orang kat opis, mmg tak cukup rehat langsung. Doc pun pesan tido awal (Yea, memang dapat la sleeping beauty. Cukup 8 jam.) dan beberapa tips supaya tak stress sangat.

Ikut perancangan nak study kat library hari nih. Wah!! Dah lama gila tak menjengah library. Tapi terpaksa dibatalkan sebab hari nih Acid masuk kerja kul 3petang. Kesian plak kat dia, duk kat umah sorang2 ditemani Adam & Amir. Esok paper marketing and its an open book examination. Confirm2 soalan susah gila dan jawapan memang takde dalam buku. Demmit!! and I can still bloghopping and blogging rite now. I really need my lucky charm rite now. Wish me luck!!

Aja! Aja! Fighting!

Saturday, January 16, 2010

Bad services

We had bad experience at Pizza Hut Equine just now. We had to wait to be seated. Normal, rite? What made us wondering is that, they still have few table unoccupied. So, shouldn't have problem. Ended up, one of the crew said theres only left Crunchy Crust. Why on earth they didn't mention it earlier? By that time we still queuing. I just said, "Never mind, we'll have dinner at Kenny Rogers."

Friday, January 15, 2010

Rasa nak muntah..

Opss.. sila jangan salah paham.. Entry kali nih takde kena-mengena dengan ibu mengandung :P

I rasa nak muntah bila nak kena kejar dateline project.. S cakap, dia paham kalau kami nih ada waktu sengang dalam waktu pejabat, tapi takde la sampai takde hasil langsung satu hari kerja.. dengan kata lain, "you guys can still do farming etc.." (yang nih, I interpret sendiri :P) Dalam dunia nih, ada ke yang tak membebankan? Dah nama pun kerja, orang dah bayar, kena la lunaskan tanggungjawab. Cuma, bila dikejar dateline, kena la kerja lebih masa, stay up late. Serious cakap, I dah lama tak stay up kat opis sejak sambung belajar.

These past few weeks, I duk angkut laptop dari opis ke kelas, kelas ke rumah, rumah ke opis. Kat kelas MM pun sempat buat kerja. Tuh pun sebab ada presentation. Kalau lecturer mengajar, tak dapek do. Konon-kononnya lepas balik kelas nak sambung kerja. Yes, I did. But frankly speaking, bila badan dah letih, otak lagi la letih. Mata pulak macam ada gam. Nak tak nak kena la layan few clips kat YouTube dan bloghopping. Bila dah gelak-gelak nengok clips, mata pun ala-ala segar bugar, tapi sekejap je. Start buat kerja ckit, nengok Acid sedap tido.. I pun tido sama.. dan pernah sekali terjaga dari tido, boleh sambung buat kerja balik.

Paginya pulak lepas Acid pegi kerja, sambung lagi buat kerja. Rasa macam lagi productive kalau buat kerja pagi-pagi dan cukup tido malamnya. No sleeping beauty yea. Tido ala kadar je. Kalau nak study, sila la study di pagi hari. Malam dah letih, apa pun tak dapat. Baik tido je. (Ini adalah peringatan tuk diri sendiri).

On another note, final exam is just around the corner and I still have three pending assignments, four to be exact. Cepat la siap kerja nih, nak fokus kat assignment & study pulak. Amek cuti lagi. Semua cuti sebab exam. Baik midterm, baik final. Cuti saja.. Cepat la abis exam.. Nak exam abis cepat, tapi tak nak amek exam boleh?

Aja! Aja! Fighting!

Monday, January 4, 2010

Parking


Pergh!! Selalu kalau nak parking tak pernah pun sampai kereta berderet-deret. Nih semua gara-gara nak berebut parking. Pagi tadi I sampai opis dalam pukul 8:30. Still ada parking. Esok kena keluar lagi awal sebab mesti mereka yang datang lambat hari nih pun, nak datang awal. Sebab ada opismate kata dia datang dalam kul 8:45 pagi jenuh tawaf sampai 5 kali.

p/s: Sila abaikan loose powder kat cermin tue ek. Dah berapa inci agaknya yea? Juga kualiti gambar yang tak berapa memuaskan sebab guna kamera cik moto ;)

Sunday, January 3, 2010

Shopping Working Dating

Esok dah hari Isnin ke? Adeh!! Kerja tak siap lagi.. Makanya, tak payah lah nak claim cuti bersempena ''work from home" sebab macam takde hasil langsung. Demmit (>.<) Mana tak nya, hari Jumaat I berdating dengan my aunty. Misi utama nak beli hadiah untuk family day nanti, tapi another aunty dah beli. So, misi utama dah bertukar ke S.H.O.P.P.I.N.G.!! My aunty yang nak shopping sebenarnya, I hanya peneman. Alih-alih, join sekali.. Hikhikhik..

Hari Sabtu adalah hari membasuh baju. Bila dah selesai, baru start buat kerja. Tapi rasa macam lebih banyak tengok TV je. Huahuahua.. Mana tak nya, kat channel KBS World tengah siarkan Full House tanpa henti. Ada la iklan sikit-sikit dan siarannya dari kul 2 sampai kul 7. Mata dah semestinya la kat TV kan? Mengadap laptop je lebih. Yeala, kang termiss subtitle.. adeh..

Pagi tadi, lepas hujan berhenti, g pasar karat kat Shah Alam. Pastuh, balik umah Shah Alam, sesi ukur-mengukur umah pulak. Petangnya ke The Mines. Service Center BB tak tepon-tepon pun. Bila g sana memang tak siap lagi. Nasib baik Cik Moto ada.. dan, cinta hatiku bagi green light tuk tukar henpon lain. Yeaha!! Ingatkan lepas g The Mines nak beriadah kat Taman Bukit Jalil. Dah tuh berdating tak ingat alam, lepas maghrib terus balik umah.

Esok nak kena bangun awal. Sebab nak berebut parking dengan student-student. Tak kuasa nak parking jejauh kat Maxis nun walaupun ada shuttle. Naper tak suruh bebudak student tuh je parking kat sana? Kalau tak nak parking jejauh, tak yah drive keta g kolej. Yang nih pun diaorg tak boleh nak pikir. Nak kena tido awal la. Cuba nengok jam sekarang dah pukul berapa? Nite.. nite..

Related Posts with Thumbnails