Tuesday, August 18, 2009

Bajet

Pening memikirkan perbelanjaan yang berganda bila menjelang musim perayaan. Panduan berikut mungkin membantu anda mengelolakan bajet dengan bijak. Setiap tahun menjelangnya Idul Fitri, sebagai ibu bapa anda akan membuat pelbagai persiapan untuk menyambut hari yang mulia ini. Bermula daripada juadah raya, baju baru untuk anak-anak, perhiasan rumah sehinggalah kepada duit raya.

Sudahkah anda mencongak-congak perbelanjaan untuk Aidilfitri kali ini? Sekiranya anda bijak dalam mengatur perbelanjaan, ia bukan sahaja akan “menyelamatkan” kocek anda, malah anda juga akan lebih gembira menyambut raya tahun ini. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan bukannya mengikut kemahuan. Cara terbaik untuk memastikan anda tidak boros berbelanja ialah dengan membuat bajet ataupun pelan perbelanjaan.

Bagaimana membuat bajet hari raya? Pertama sekali, anda perlu membandingkan antara jumlah pendapatan dan jumlah perbelanjaan. Kira jumlah pendapatan anda dengan menyenaraikan jumlah pendapatan isi rumah (suami isteri) dan juga pendapatan-pendapatan lain sekiranya ada seperti sewa rumah, dividen dan sebagainya.

Selepas itu, kira pula perbelanjaan pada hari raya tahun ini seperti belanja untuk kuih-muih, baju raya, duit raya, dan lain-lain. Sekarang, bandingkan antara jumlah pendapatan dengan jumlah perbelanjaan anda. Yang mana satu lebih banyak, pendapatan atau perbelanjaan? Sekiranya jumlah pendapatan melebihi jumlah perbelanjaan, tahniah diucapkan. Namun, jika pendapatan anda kurang daripada jumlah perbelanjaan yang diperlukan, anda perlu buat sesuatu.

Cuba lihat contoh di bawah:
Jumlah Pendapatan
Gaji Suami: RM2,000,
Gaji Isteri: RM2,000,
Lain-lain: Tiada
JUMLAH: RM4,000

Jumlah Perbelanjaan
Bayar rumah: RM800
Bayar kereta: RM500
Bayar bil: RM200
Kuih raya: RM500
Balik kampung: RM500
Duit raya: RM1,000
Baju anak-anak: RM500
Baju melayu suami: RM200
Baju kurung isteri: RM400

JUMLAH: RM4,600

Dalam contoh di atas, jelas bahawa perbelanjaan adalah melebihi pendapatan. Adakah anda juga mengalami masalah yang sama? Apa yang perlu dibuat sekarang anda perlu memilih apa yang betul-betul perlu dan menyingkirkan perbelanjaan yang tidak perlu. Dalam proses ini, anda perlu tahu bahawa terdapat dua jenis perbelanjaan iaitu perbelanjaan tetap dan perbelanjaan tidak tetap. Perbelanjaan tetap ialah perkara-perkara yang perlu dibayar seperti ansuran rumah, kereta dan bil-bil. Perbelanjaan tidak tetap pula ialah perbelanjaan lain-lain di mana ia mengikut budi bicara anda.

Tapi.. ada rasa terdetik nak buat pendapatan tambahan tak? Please let me know, if you do.

Duit bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit.

No comments:

Related Posts with Thumbnails