Saturday, March 13, 2010

Minggu pertama kuliah

Minggu nih dah mula trimester ketiga. Seperti biasa, macam trimester yang lepas, trimester kali nih, I amek 3 subject jugak. 1 core subject - FM (Financial Management) and 2 specialization subject - SE (Software Engineering) & WT (Web Technologies). Buku teks dapat 1 je. 2 lagi kena beli sendiri. Buku SE dah ada, tapi bukan latest edition. Guna buku zaman degree dulukala. Tinggal nak beli buku WT yang comel. Kenapa I cakap comel, sebab dalam banyak-banyak buku teks, buku WT yang paling kecik.

Hari Selasa kelas SE. Pengajarnya Dr. M dari FSKTM. Masa sesi suai kenal Dr. M tanya, kenapa amek MM-IT. Bila dah sampai giliran I, beliau recognize nama I. Mana tak recognize nya, beliau adalah penilai FYP masa degree dulu. Her expectation : I kena dapat A since the subject is my major for my first degree plus helping others if they have any difficulties because of OO approach. My expectation : Memang wajib dapat A and I don't mind helping others because I can learn as well.

Hari Rabu kelas FM. Memula I register section 4 sebab section 3 dah full. Sedih sebab tak sama dengan Kak Lin. Tapi berjaya tukar section bila ada yang drop. Cecepat I tukar section 3. Pengajarnya ex-student GSM, Dr. I, working on projects for gov. Beliau adalah lecturer Emy, Naza, KH & Kak Im tuk trimester lepas. Seems like they having a nightmare with him. But their result, A belaka. His expectation : Baca StarBiz setiap hari. Baca bab 1-7 ulang sekurang-kurangnya 3 kali. My expectation : I nak dapat A for this subject so I kena tuition dengan Emy.

Hari Khamis kelas WT. Pengajarnya juga dari FSKTM, Dr. F. Beliau pernah mengajar subject Struktur Diskret masa diploma dulu. Kalau tak silap, beliau cuti bersalin dan digantikan dengan En. S. Memang beliau tak ingat sebab dah 8 atau 9 tahun. She prefer conducting the class in a computer lab, so while teaching we can directly apply it. Tapi tak tau lagi macamane. Her expectation : She understand that all of us are working adults. So, no need to submit project's report. But, we have to write in for case study, or else we can't answer during examination. My expectation : Kena dapat A untuk subjek ini juga.

Semalam, kami (me, Kak Lin, Emy & KH) pergi dengar taklimat Yayasan Khazanah kat Bangunan Pentadbiran. Kami tak layak memohon sebab kami bukan fulltime student. Sengal!! Kenapa la kat leaflet tuh tak tulis hanya untuk pelajar sepenuh masa. Kalau ikut result, mereka lebih layak sebab mereka punya result tuk sem lepas, 3.5 dan ke atas. Kak Lin & KH 4.0. Tapi takpe. Sem nih I & Emy nak sapu rumah flat. Kan Emy?

Selingan : Tahniah kepada adikku yang amek SPM thn lepas. I tak sangka dia bleh dapat result yang sebegitu. Semoga dia dapat sambung belajar dalam bidang yang dia minat.

2 comments:

Emy Amir said...

first : tahniah kat adik u jugak!!hehehe..mesti gempak result nih!

second : no hal..biler2 boleh buat tuition FM tuh..hikhik

third : haah!semoga kite pulak boleh dapat rumah2 flat sem nih..huhuhuh..tolonglah bagi merasa jugak ek..hehe

fourth : kalau lecturer dah kenal, insyaAllah la tuh -musti A dalam tangan...go adeeb go!

selamat belajar!huhuhuhu...jarang bebenor dapat jumpe kan sem nih..huhu

Adeeb Liyana said...

i reply ikut u jgak la yea ;)

first : dia xla dpt semua A, tp unexpected sbb nmpk mcm xstudy je ;P

second : i nak tuition hr adad nih.. bleh x? xreti nak guna itu financial calculator ;P

third : ya, semoga dapat rumah flat ;)

fourth : InsyaAllah, A.. a go go.. kihkihkih ;)

selamat belajar tuk Emy jgak!! huhuhu sedey, mmg jarang jumpe dgn U & the rest..

Related Posts with Thumbnails