Okey, seperti yang dijanjikan, entry pasal family day. Tahun ini kami ke Pulau Pangkor. Kami bertolak dari Serdang pukul 8:30pagi sampai chalet pukul 5:30petang. Banyak tempat persinggahannya. Lebuhraya jangan cakap la, memang sesak.
Hentian pertama R&R apa ntah.. Adeh, bleh pulak lupa. Yang pasti bukan Restoran Jejantas Sg. Buloh :P. Hentian kedua, lepas masuk tol Bidor, cari stesyen minyak dan En. Tan. Hikhikhik. Kemudian sesi tukar pemandu. Nasib baiklah sepanjang jalan ke Lumut jalan tak berapa nak sesak. Hentian ketiga, restoran pakcik McD. Lapar sudah. Mana tak nya, dah nak dekat pukul 3 masa tuh. Bila perut dah kenyang, terus ke Jeti Lumut. Satu hal pulak bila dah sampai sana, nak cari parking. Yeala, kalau dah musim cuti nih, confirm-confirm keta banyak. Boleh kata semua parking penuh.
Mood untuk bergambar dah ilang. Yeala, dengan cuaca panas tak hengat, dengan parking jauh, dengan nak beratur naik feri memang badan letih gila jadinya. Bila fikir-fikir balik, takpe la, ambil gambar nak balik nanti.. Kita layan gambar sikit..
Feri - Naik Selalu. Tiket pergi-balik RM10.
Sampai je kat Pulau Pangkor, naik teksi (van-1 orang RM4, kalau penuh 1 van 7 orang RM20). menuju ke chalet. Budget Beach Resort namanya (1 malam RM130). Kalau buka peak season, murah lagi rasanya. Kami sewa 10 chalet dan 1 rumah (Purnama Beach Resort). Rupa-rupanya, rumah yang kami sewa tuh, adalah rumah yang kami pernah sewa sebelum nih.. Kalau tak silap tahun 1997. Masuk chalet, rehatkan badan, mandi dan solat. Lepas tuh pegi jumpa uwan kat rumah dan minum petang.
Aktiviti malam, games tuk kanak-kanak dan remaja.
Hari kedua, acara sukaneka. Banyak acara yang telah disediakan oleh AJK Sukaneka, Mak Teh & Pak Teh untuk kanak-kanak, remaja dan pasangan suami isteri. Lokasi sukaneka dah beralih tempat sebab nak kan privacy.
Atas : Nabil, Amar, Bayu, Syakir, Farisha, Hanini & Hilman
Bawah Kiri : Gila jauh nak jalan ke lokasi baru
Bawah Kanan : Khemah bergerak. Dah lokasi bertukar, khemah juga harus dipindahkan ;)
Kami dan t-shirt rasmi sempena Hari Keluarga
Atas : Keluarga kecil kami ~ Acid, Adam, Amir, Ayah, Emak & I
Bawah : tak sah, kalau g pantai tak buat :P
Acara Kanak-kanak
Acara Remaja Perempuan
Acara Remaja Lelaki
BBQ
Pakaian Beragam
Acara Pasangan
Hari ketiga, barulah dapat mandi pantai. Pepagi lagi dah pegi. Kalau lambat, matahari dah kuar, makin berkilat la ;P Mereka-mereka ada yang pergi snorkeling. Kami tak pegi pun. Lepas mandi-manda terus balik bilik, mandi & kemas-kemas nak checkout.
Kami - Sebelum checkout
Cayalah Hadif! With atuk & uwan ek Yash? Hikhikhik
Uwan bersama sebahagian daripada anak-anak, menantu, cucu-cucu dan bibiks
Last but not least, Keluarga Hjh. Sauddah
Lepas sesi bergambar ramai-ramai, kami pun bertolak balik. Punya la susah nak dapat teksi. Asyik penuh je. Dah la tengah panas terik. Dapat naik teksi pun gilir-gilir. Sampai kat jeti gila panjang barisan orang beratur nak naik feri. Ada la 4 lane kut. Nak dekat 2 jam jugak la berdiri. Ended up Acid naik feri lain, I naik feri lain. Handbag, handphone, camera sume kat dia. Nak amek gambar kat feri dengan dia pun tak dapat. Gambar kat feri nanti-nanti la yea.
Sampai kat jeti Lumut, kami terus pegi makan. Lapar ok! Mereka bercadang nak ke Night Safari di Zoo Taiping, ke Kuala Kangsar dan bermalam di Bukit Merah. Acid & I, Makyu & Paksu, Pak Ngah sekeluarga je yang terus balik rumah. Sesi penyampaian hadiah sukaneka pulak buat ujung minggu nih.. I tak ingat dah menang acara apa ;) Tahun depan ke mana pulak kita?