Saturday, January 16, 2010

Bad services

We had bad experience at Pizza Hut Equine just now. We had to wait to be seated. Normal, rite? What made us wondering is that, they still have few table unoccupied. So, shouldn't have problem. Ended up, one of the crew said theres only left Crunchy Crust. Why on earth they didn't mention it earlier? By that time we still queuing. I just said, "Never mind, we'll have dinner at Kenny Rogers."

Friday, January 15, 2010

Rasa nak muntah..

Opss.. sila jangan salah paham.. Entry kali nih takde kena-mengena dengan ibu mengandung :P

I rasa nak muntah bila nak kena kejar dateline project.. S cakap, dia paham kalau kami nih ada waktu sengang dalam waktu pejabat, tapi takde la sampai takde hasil langsung satu hari kerja.. dengan kata lain, "you guys can still do farming etc.." (yang nih, I interpret sendiri :P) Dalam dunia nih, ada ke yang tak membebankan? Dah nama pun kerja, orang dah bayar, kena la lunaskan tanggungjawab. Cuma, bila dikejar dateline, kena la kerja lebih masa, stay up late. Serious cakap, I dah lama tak stay up kat opis sejak sambung belajar.

These past few weeks, I duk angkut laptop dari opis ke kelas, kelas ke rumah, rumah ke opis. Kat kelas MM pun sempat buat kerja. Tuh pun sebab ada presentation. Kalau lecturer mengajar, tak dapek do. Konon-kononnya lepas balik kelas nak sambung kerja. Yes, I did. But frankly speaking, bila badan dah letih, otak lagi la letih. Mata pulak macam ada gam. Nak tak nak kena la layan few clips kat YouTube dan bloghopping. Bila dah gelak-gelak nengok clips, mata pun ala-ala segar bugar, tapi sekejap je. Start buat kerja ckit, nengok Acid sedap tido.. I pun tido sama.. dan pernah sekali terjaga dari tido, boleh sambung buat kerja balik.

Paginya pulak lepas Acid pegi kerja, sambung lagi buat kerja. Rasa macam lagi productive kalau buat kerja pagi-pagi dan cukup tido malamnya. No sleeping beauty yea. Tido ala kadar je. Kalau nak study, sila la study di pagi hari. Malam dah letih, apa pun tak dapat. Baik tido je. (Ini adalah peringatan tuk diri sendiri).

On another note, final exam is just around the corner and I still have three pending assignments, four to be exact. Cepat la siap kerja nih, nak fokus kat assignment & study pulak. Amek cuti lagi. Semua cuti sebab exam. Baik midterm, baik final. Cuti saja.. Cepat la abis exam.. Nak exam abis cepat, tapi tak nak amek exam boleh?

Aja! Aja! Fighting!

Monday, January 4, 2010

Parking


Pergh!! Selalu kalau nak parking tak pernah pun sampai kereta berderet-deret. Nih semua gara-gara nak berebut parking. Pagi tadi I sampai opis dalam pukul 8:30. Still ada parking. Esok kena keluar lagi awal sebab mesti mereka yang datang lambat hari nih pun, nak datang awal. Sebab ada opismate kata dia datang dalam kul 8:45 pagi jenuh tawaf sampai 5 kali.

p/s: Sila abaikan loose powder kat cermin tue ek. Dah berapa inci agaknya yea? Juga kualiti gambar yang tak berapa memuaskan sebab guna kamera cik moto ;)

Sunday, January 3, 2010

Shopping Working Dating

Esok dah hari Isnin ke? Adeh!! Kerja tak siap lagi.. Makanya, tak payah lah nak claim cuti bersempena ''work from home" sebab macam takde hasil langsung. Demmit (>.<) Mana tak nya, hari Jumaat I berdating dengan my aunty. Misi utama nak beli hadiah untuk family day nanti, tapi another aunty dah beli. So, misi utama dah bertukar ke S.H.O.P.P.I.N.G.!! My aunty yang nak shopping sebenarnya, I hanya peneman. Alih-alih, join sekali.. Hikhikhik..

Hari Sabtu adalah hari membasuh baju. Bila dah selesai, baru start buat kerja. Tapi rasa macam lebih banyak tengok TV je. Huahuahua.. Mana tak nya, kat channel KBS World tengah siarkan Full House tanpa henti. Ada la iklan sikit-sikit dan siarannya dari kul 2 sampai kul 7. Mata dah semestinya la kat TV kan? Mengadap laptop je lebih. Yeala, kang termiss subtitle.. adeh..

Pagi tadi, lepas hujan berhenti, g pasar karat kat Shah Alam. Pastuh, balik umah Shah Alam, sesi ukur-mengukur umah pulak. Petangnya ke The Mines. Service Center BB tak tepon-tepon pun. Bila g sana memang tak siap lagi. Nasib baik Cik Moto ada.. dan, cinta hatiku bagi green light tuk tukar henpon lain. Yeaha!! Ingatkan lepas g The Mines nak beriadah kat Taman Bukit Jalil. Dah tuh berdating tak ingat alam, lepas maghrib terus balik umah.

Esok nak kena bangun awal. Sebab nak berebut parking dengan student-student. Tak kuasa nak parking jejauh kat Maxis nun walaupun ada shuttle. Naper tak suruh bebudak student tuh je parking kat sana? Kalau tak nak parking jejauh, tak yah drive keta g kolej. Yang nih pun diaorg tak boleh nak pikir. Nak kena tido awal la. Cuba nengok jam sekarang dah pukul berapa? Nite.. nite..

Saturday, January 2, 2010

My Wish by Rascal Flatts

Friday, January 1, 2010

Azam 2010

Azam tahun nih :
  1. Tamatkan pengajian master pada bulan Oktober 2010 dengan keputusan yang cemerlang, insyaAllah.. 10 months to go.. yea-ha!! (btw, Emy.. mana u tau konvo bulan Ogos 2011??)
  2. Bila dah tamat pengajian, fokus beralih arah pada business. Sangat-sangat envy dengan pencapaian mereka. Kalau asyik terasa je, bila masa pulak nak merasakan? All out babeh!!
  3. Adakah masih menjadi pekerja yang setia? Beralih bidang mungkin? Tunggu dan lihat.
  4. Kurus.. kurus.. dan kurus.. I nak berat badan yang dulu, di zaman muda mudi.. target mula-mula 55kg, seterusnya 50kg.. (azam yang sama setiap tahun)
  5. Tukar henpon lain.. boleh tak cinta hatiku??
  6. Holiday..holiday..holiday.. Adeh!! celah mana nak holiday nya pun kalau cuti semester 2 minggu je. (Lumut, Pangkor - Cameron Highland - Adelaide - Singapore - ...)
  7. Belajar menda baru dan juga menda lama (baking/cooking, makeup)
Perasan tak, ada yang tak masuk dalam senarai? Semoga tercapailah, azam I tahun nih dan azam anda juga. Ikut guideline kat entry sebelum nih okey..

Related Posts with Thumbnails