Sunday, January 3, 2010

Shopping Working Dating

Esok dah hari Isnin ke? Adeh!! Kerja tak siap lagi.. Makanya, tak payah lah nak claim cuti bersempena ''work from home" sebab macam takde hasil langsung. Demmit (>.<) Mana tak nya, hari Jumaat I berdating dengan my aunty. Misi utama nak beli hadiah untuk family day nanti, tapi another aunty dah beli. So, misi utama dah bertukar ke S.H.O.P.P.I.N.G.!! My aunty yang nak shopping sebenarnya, I hanya peneman. Alih-alih, join sekali.. Hikhikhik..

Hari Sabtu adalah hari membasuh baju. Bila dah selesai, baru start buat kerja. Tapi rasa macam lebih banyak tengok TV je. Huahuahua.. Mana tak nya, kat channel KBS World tengah siarkan Full House tanpa henti. Ada la iklan sikit-sikit dan siarannya dari kul 2 sampai kul 7. Mata dah semestinya la kat TV kan? Mengadap laptop je lebih. Yeala, kang termiss subtitle.. adeh..

Pagi tadi, lepas hujan berhenti, g pasar karat kat Shah Alam. Pastuh, balik umah Shah Alam, sesi ukur-mengukur umah pulak. Petangnya ke The Mines. Service Center BB tak tepon-tepon pun. Bila g sana memang tak siap lagi. Nasib baik Cik Moto ada.. dan, cinta hatiku bagi green light tuk tukar henpon lain. Yeaha!! Ingatkan lepas g The Mines nak beriadah kat Taman Bukit Jalil. Dah tuh berdating tak ingat alam, lepas maghrib terus balik umah.

Esok nak kena bangun awal. Sebab nak berebut parking dengan student-student. Tak kuasa nak parking jejauh kat Maxis nun walaupun ada shuttle. Naper tak suruh bebudak student tuh je parking kat sana? Kalau tak nak parking jejauh, tak yah drive keta g kolej. Yang nih pun diaorg tak boleh nak pikir. Nak kena tido awal la. Cuba nengok jam sekarang dah pukul berapa? Nite.. nite..

No comments:

Related Posts with Thumbnails