Showing posts with label Masters. Show all posts
Showing posts with label Masters. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Dah confirm ke?

ihsan pakcik Google

Apa yang dah confirm?
Comprehensive Examination (CE). Ingatkan G$M dah lupa pasal CE nih. Kami lagi suka kalau takde. Tapi apakan daya, setelah sekian lama tak sentuh buku teks dan nota-nota kesayangan..

CE tuh apa?
Peperiksaan bertulis yang merangkumi SEMUA subjek sepanjang pengajian.

Semua?
Ya, semua. Ada 12 subjek. Tapi subjek-subjek ini akan dikelaskan mengikut bidang.

Bukan dah habis belajar ke? Kenapa ada exam lagi?
Ya, memang kami dah habis belajar. Tapi kami jadi tak senang duduk, apabila belum menduduki peperiksaan komprehensif nih. Syarat bergraduat bagi pelajar MBA adalah dengan menulis case study atau research paper. Tapi kami pelajar MMIT dikehendaki menduduki peperiksaan komprehensif nih. (Gara-gara tak nak buat case study atau project paper sanggup tak amek MBA)

Bila examnya?
21 - 23 Januari 2011. Tapi belum rasmi lagi sebab takde briefing pasal nih.

Monday, July 19, 2010

Update on first week of class

Trimester baru pun dah bermula. Ini adalah trimester terakhir. InsyaAllah, dalam bulan Oktober, habis. Tapi bulan Disember ada Comprehensive Examination (harap-harap lulus, supaya tak perlu repeat exam sebab examnya setahun sekali :P). Keputusan trimester lepas, masih belum rasmi lagi. Ada 1 subjek yang masih berstatus 'N'. Confirm tak dapat sapu rumah flat sebab dah dapat 1 A-. Apa-apa pun, Alhamdulillah. Cuma cuak dengan result FM nih.

Seperti trimester lepas-lepas, I daftar 3 subjek; 1 core - Strategic Management (SM), 2 specialization - eCommerce (EC) & Software Project Management (SPM). Trimester kali nih, ketemu kembali Dr R. Beliau mengajar subject SPM. Dr AB mengajar subject EC. Nih kali pertama beliau mengajar di GSM. SM pulak, Prof. Z yang mengajar. Ada adegan jemput-menjemput. Adeh. Hopefully, this trimester dapat sapu rumah flat.

Hari Jumaat nih sampai hari Isnin depan nak kena pegi GSM Corporate Strategy Simulation a.k.a War Game @ Kem PLKN Permata Resort, Alor Gajah, Melaka. Kelmarin dah pegi shopping dengan Kak Lin kat Jalan TAR (tujuan utama membeli tudung, padahal takde dalam senarai.. :P). Beli barang-barang yang nak bawak. Tak semua barang kena beli. Kalau nak beli pun, beli yang murah-murah sudah. Sebab tak tau barang-barang tuh masih boleh pakai lagi tak.

P/S: I ada almost 10 entries kut yang dalam draft mode. Niat dihati nak klik button "PUBLISH POST", tapi apakan daya, I klik button "SAVE NOW". I'll publish one by one later. (Boleh terima tak alasan I tak update blog :D)

Friday, May 14, 2010

Sepi

Hampir sebulan I membiarkan belog ini sepi. Adakah kerana I terlalu sibuk dengan kerja? Yup. Tech. team dah makin menguncup. Kenapa menguncup? Lepas sorang, sorang resign (to date 4 orang dah..) New comers? Nada. Takde project baru masuk. Duduk diam-diam sudah. Buat change request, either enhancement or fixing bugs. Tak pun buat housekeeping. Bosan.

Starting bulan lepas jugak, I create an online shopping store, Purple Heart Store. Alhamdulillah. Boleh tahan jugak la hasil jualan bulan pertama. Harapnya akan bertambah-tambah untuk bulan seterusnya. InsyaAllah. Rasa seronok buat business nih sebab bila ada orang beli, kita akan rasa puas. Pegi kerja pun tak seseronok macam nih! Boo hoo! Tunggu apa lagi kawan-kawan? Marilah membuka online store. Semuanya dihujung jari anda.

Semalam I baru abis midterm exam. Paper Financial Management. Walaupun tuisyen dengan Emy, still tak bleh nak jawab. Teori jangan cakap la. Memang banyak. Tak boleh jawab pun. Huhuhu. Formula bleh bawak masuk. Kalau tau formula, tapi tak tau guna untuk apa pun sama jugak. Yang boleh jawab, bila guna Financial Calculator. Thanks Emy, sebab ajar I. A? Lupakan saja. Musnah harapan I untuk mengejar rumah flat.

4 minggu lagi nak final exam. Maknanya tinggal 3 minggu je nak kena siapkan present 2 projek dan hanya ada 2 minggu untuk siapkan projek tersebut. Aiaiai..

Saturday, March 13, 2010

Minggu pertama kuliah

Minggu nih dah mula trimester ketiga. Seperti biasa, macam trimester yang lepas, trimester kali nih, I amek 3 subject jugak. 1 core subject - FM (Financial Management) and 2 specialization subject - SE (Software Engineering) & WT (Web Technologies). Buku teks dapat 1 je. 2 lagi kena beli sendiri. Buku SE dah ada, tapi bukan latest edition. Guna buku zaman degree dulukala. Tinggal nak beli buku WT yang comel. Kenapa I cakap comel, sebab dalam banyak-banyak buku teks, buku WT yang paling kecik.

Hari Selasa kelas SE. Pengajarnya Dr. M dari FSKTM. Masa sesi suai kenal Dr. M tanya, kenapa amek MM-IT. Bila dah sampai giliran I, beliau recognize nama I. Mana tak recognize nya, beliau adalah penilai FYP masa degree dulu. Her expectation : I kena dapat A since the subject is my major for my first degree plus helping others if they have any difficulties because of OO approach. My expectation : Memang wajib dapat A and I don't mind helping others because I can learn as well.

Hari Rabu kelas FM. Memula I register section 4 sebab section 3 dah full. Sedih sebab tak sama dengan Kak Lin. Tapi berjaya tukar section bila ada yang drop. Cecepat I tukar section 3. Pengajarnya ex-student GSM, Dr. I, working on projects for gov. Beliau adalah lecturer Emy, Naza, KH & Kak Im tuk trimester lepas. Seems like they having a nightmare with him. But their result, A belaka. His expectation : Baca StarBiz setiap hari. Baca bab 1-7 ulang sekurang-kurangnya 3 kali. My expectation : I nak dapat A for this subject so I kena tuition dengan Emy.

Hari Khamis kelas WT. Pengajarnya juga dari FSKTM, Dr. F. Beliau pernah mengajar subject Struktur Diskret masa diploma dulu. Kalau tak silap, beliau cuti bersalin dan digantikan dengan En. S. Memang beliau tak ingat sebab dah 8 atau 9 tahun. She prefer conducting the class in a computer lab, so while teaching we can directly apply it. Tapi tak tau lagi macamane. Her expectation : She understand that all of us are working adults. So, no need to submit project's report. But, we have to write in for case study, or else we can't answer during examination. My expectation : Kena dapat A untuk subjek ini juga.

Semalam, kami (me, Kak Lin, Emy & KH) pergi dengar taklimat Yayasan Khazanah kat Bangunan Pentadbiran. Kami tak layak memohon sebab kami bukan fulltime student. Sengal!! Kenapa la kat leaflet tuh tak tulis hanya untuk pelajar sepenuh masa. Kalau ikut result, mereka lebih layak sebab mereka punya result tuk sem lepas, 3.5 dan ke atas. Kak Lin & KH 4.0. Tapi takpe. Sem nih I & Emy nak sapu rumah flat. Kan Emy?

Selingan : Tahniah kepada adikku yang amek SPM thn lepas. I tak sangka dia bleh dapat result yang sebegitu. Semoga dia dapat sambung belajar dalam bidang yang dia minat.

Thursday, March 4, 2010

Alhamdulillah & Tahniah!!

Alhamdulillah, its official now.. Suspen x? Apa benda la yang official.. Result tuk 2nd trimester dah betul-betul official.. kihkihkih.. Lama ok nak tunggu result kuar.. Asyik meng'refresh' page je.. Yeala, lecturer kata dah bagi result kat opis. Bila check kat student portal plak result nya 'N'.. Apakah nilai disebalik 'N'? NULL atau NOT AVAILABLE?

Result I tidaklah sehebat result KH & Kak Lin yang menyapu bersih rumah flat dari trimester 1 sampai trimester 2.. Gila hebat!! Tahniah!! Hikhikhik.. Adakah giliran kita plak tuk bersama-sama mereka menyapu bersih rumah flat sem depan Emy? InsyaAllah, Ameen.. I tetap bersyukur, walaupun masih belum sapu rumah flat. Sekurang-kurangnya ada peningkatan dari trimester 1. CGPA pun naik ckit.. ;)

Minggu depan trimester 3 mula. Rindu nak jumpa mereka!! Walaupun dah tak sama kelas nanti.. Hukhukhuk..

Friday, February 12, 2010

Happy Holiday!!

Semalam last paper tuk trimester kedua. Yeaha!! Cuti 3 minggu ok!! Tapi still ada 2 assignment yang belum siap. Ikut perancangan kena hantar semalam. Tapi class rep. mintak tangguh, yeala tak dan nak study & siapkan assignment sekali. Nasib baik Dr. R bagi kelonggaran. Hantar dalam masa seminggu je. Assignment 3 masih dalam proses, assignment 4 tak kan mula buat selagi assignment 3 tak siap..

Cerita pasal final exam, nih la kali pertama sepanjang-panjang jadi pelajar kat U exam open book. Tapi tuk 1 paper je. Paper marketing. Ada 10 soalan (case study) pilih 4 je. Nak baca semua soalan pun dah amek masa 30min. Dah la 2 jam je. Sudahnya sempat jawab 3 soalan je. Paling kelakar bila penjaga peperiksaan tuh ckap letak segala nota dan buku kat depan. Semua macam :O Gila hape? Dah nama open book, confirm-confirm tak ngapal satu mende pun..

On the day paper HRM, company I buat luncheon sempena CNY. Sungguh la dalam dilema nak pegi ke tak nak. Boss and my colleague siap sms dan calling2 lagi. Akhirnya I tak pegi pun, mengenangkan nak exam malam tuh dan still tak abis-abis lagi study. Letih ok nak baca ikut tips. Ada tips serupa baca semua. Apakah?? Around 530 dapat sms dari Kak Lin, katanya ada special tips. Last minute nye tips sangat membantu..

Setelah cuti dari hari Khamis lepas (Khamis - MC, Jumaat-Khamis - AL) sampai la semalam, hari nih I masuk opis balik. Gila gigh masuk opis hari Jumaat. Nak simpan cuti punya psal!! Paling I tak suka, company suh amek compulsory leave tuk hari Rabu. Memula tak suka sebab suka hati je nak tolak cuti I yang dah tinggal 11 hari. Tapi bila pikir-pikir balik, takpe sebab nak kena siapkan assignment. Hari Khamis masuk opis, print segala assignment terus pegi hantar..

Esok, nak pegi holiday!! Family day to be exact. Ke manakah destinasinya?? Pulau Pangkor. Kalau tak silap, last pegi sana masa form 1@2. Family day jugak. Makanya malam nih kena la tido awal, sebab esok nak gerak awal. Tapi, Acid belum balik dari opis lagi. Nasib baik dia dapat cuti sempena CNY. Tahun lepas, dapat cuti sehari je. Nasib baik dekat, kalau jauh tak dapat nak join. Can't wait!! Can't wait!!

Ok, I still need to do few things or else esok pagi kelam-kabut!! Happy New Year & Happy Holiday!! Gong Xi Fa Cai!!

Friday, December 4, 2009

Wish me luck!

Sekarang dah pukul 1:25 pagi. Kul 9 pagi ada interview. aiaiai.. What am I doing rite now? Bloghopping, YM dengan Amir, dan baca sedikit sebanyak pasal the company sambil nengok Cyril yang comel. Tak tau nak buat preparation apa..

On the other note, tomorrow we have 3 wedding invitations. 2 kat Serdang. 1 kat Senawang. Plus, I have SAD replacement class in the morning. Hari Isnin depan ada mid-term HRM.. Tak study apa pun lagi.. Hari Selasa pulak nak kena hantar McDonalds's case study. Ada tak cara tak nak bagi I penat hari Sabtu tuh? Supaya lepas balik kenduri boleh study HRM and stay-up late.

Wednesday, November 18, 2009

Alhamdulillah.. Syukur..

I baru je check result tadi. Alhamdulillah, walaupun takde A langsung still manage to get 3 pointer. Habis duk sapu segala B. Memang dah agak pun dapat result macam tuh. Sem nih kena la pulun bagi dapat A plak. (Hint : I nak berhenti kerja.) Paling tak sangka subjek Accounting dpt B+. Bak kata Pn. Akauntan a.k.a. Emy, "Okla tuh.. Dah ler takde basic accounting, boleh juga dapat B+". Itu pun I rasa lecturer dah banyak membantu.

Ramai juga yang dapat semua A. Especially Emy. Hampir nak sapu rumah flat. Im really envy with her achievement (dengan workload kat opis, dengan nak layan suami & anak-anak). Ada juga kawan I yang sapu sama-sama B, boleh? Hikhikhik.. Takpe-takpe, sem nih kita dah start amek subjek IT, make sure A ok!

Friday, November 6, 2009

Summary of 1st week class for 2nd Trimester

The timetable for this 2nd trimester is carca-merba. Clash with other classes and the timetable it self changing all the time. Plus, student portal always down. I took 3 subjects. Mon - Human Resources Management (HRM) - the lecturer is not an academician but have a lot of experience in HR industry, Tue - Marketing Management (MM) - the lecturer is from IPTS, Thus - System Analysis and Design (SAD) - the lecturer is from my beloved faculty and we are going to learn about SADNESS.

Punya la bersemangat nak g kelas hari Isnin. Ceh! Selalukan Monday Blues. Antara sebab musabab semangat

(1) Semangat nak amek buku teks je lebih. Boleh tak? Tapi buku teks pun dapat untuk core subject je. Since SAD dah masuk specialization subject takde la buku teksnya. Kena la beli.. Nak kena tanya kat publisher yang bagi buku teks. Mana tau boleh dapat diskaun ke hape kan? Sapa yang tak suka diskaunkan?

(2) Semangat nak amek surat pengesahan pelajar dari GSM supaya boleh buat pengeluaran Akaun II KWSP. Sekali pegi pagi tadi, tak cukup pulak. Punya la budget kalau sampai gaji bulan lepas, memang lebih dari cukup. Rupa-rupanya majikan buat caruman sampai bulan Ogos je. Tau la diaorg ada financial problem, tapi tue kan duit pekerja. I still bersyukur gaji jalan. Bila tanya orang HR, sorry la lambat sikit. Bila dah jadi macam nie, terus tak bersemangatnya nak buat kerja.

Result pulak, belum dapat lagi. Bila dah dapat result boleh jatuhkan semangat yang tinggal tak seberapa nih..

Monday, October 26, 2009

Yippie!

Officially final exam is over last Saturday. So now is semester break. 1 week only. Sekejap sangat ok! Esok dah start daftar subjek tuk sem depan. Tadi baru je check timetable. Ada 1 subjek yang clash. Tapi tak mungkin clash.. dan yang mengejutkan, bila baca status nih,

"Account Status: UNPAID. Reminder: You owe the University. Please settle any outstanding fees as soon as possible. Payment can be made at GSM counter. However, if you have made the payment please provide proof of payment of fees to us"

UPDATE:
Pagi tadi dalam kul 8 lebih call GSM. Memang sah kena bayar yuran dulu. Kut iye pun sila la bagi arahan dengan terperinci. Ini tak, "You owe the University". Apa kes?? I pun swipe saja itu kad. ZZaaSS!! Tak pasal-pasal enchek pegawai bank tepon. Yeala, klau dah skali zzaass sampai riban-riban. Nanti kena claim balik dengan EPF.

Monday, October 5, 2009

I'm sorry

I don't have time to update my blog!

What a lousy excuse!

I'm currently busy with assignments, term papers and presentations.

p/s : nak cite psal raya pun cam dah basi :P

Monday, August 31, 2009

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

But I'm not yet.. :P Still have to struggle for accounting's midterm paper & lots of individual and grouping assignment to be done.. plus the presentation. (adakah ini dikategorikan sebagai mengeluh setelah menjadi pelajar separuh masa dan bekerja sepenuh masa? :P) Tabik spring dan kagum dengan coursemate yang bekerja + belajar + berkeluarga. Saya baru bekerja + belajar + bersuami :P sampai rasa, bleh ke bertahan sampai abis..

Yesterday was my 2nd midterm paper. The exam supposed to be @ 9:45am but started @ 10:45am. Part mengira-ngira, laju je jawab. Theoritical part, definitely I answered it as what i'm remembered. Plus merepek-repek and I dont think repekan ku itu so true.. :P As my groupmate planned, we're going to have a short discussion after the exam. Ended up I cant join them as one of my cousin passed away that morning. So, Bee took halfday leave, wait for me until I finished my exam and we straight away went off to Seremban.

Suka uwan, bila dia tau yang kami nak berbuka puasa kat kampung. Kelmarin tak dapat nak join sbb ada exam esoknya. Tapi xpe, dah singgah pasar ramadhan kat Senawang. Ingatkan nak g yang kat K.Pilah. Dah solat asar, tolong uwan buat kueh sopang a.k.a. kueh badak berendam. Tapi badak berendam cam bulat-bulat ckit. Sopang nie cam karipap pun ada bentuknya. My version xtau rupa apa. lol. Source gmbr dari Enchek Google

Kuih Sopang

and guess what? I cant let Bee went to buy groceries by his own. (mana aci, nak kuar gak g jenjalan walaupun blum abis study :P) Balik keja hari Jumaat lg dia dah tny, esok nak g mane? Aduhai, suamiku.. Isterimu ini sedang belajar dan ada exam hari ahad. Bleh dia lupa.. ingatkan hari Isnin ke Selasa ke.. Hari Selasa kena antar assignment dan ada group presentation. Hari Rabu ada lagi satu paper. Cepat la abis exam..

Last but not least, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52. 1 Malaysia.

Wednesday, August 26, 2009

Gile Cuak!!

Situation 1

Yesterday I've got OB midterm paper. First paper to be exact. Yours truly took medical leave just to study & studo. :P 6 questions from 6 chapters each & I had to answer only 3 questions. Theres tips given by the lecturer, but still need to do a lot of reading & memorizing. Gosh.. Once I read the questions, its not an application based, all theoretical questions. >.< So, ended up.. jawab sesuka hati.. lalala.. (gumbira di luar, tapi nangis di dalam)

Situation 2

I just back from class today. As I entered to my home-sweet-home, I heard someone sedang menukul.. Whose on earth yang bertukang memalam buta nih?? (Tp malam blum nak buta lg sbb baru kul 9:30) :P Fyi, jiran sebelah-menyebelah tiada, parents & lil bro went to surau, Bee still not back yet (skrg pun blom balik lg >.<)..

Dalam pikiran.. adakah pencuri masuk umah arwah nenek? I was scared to death.. Trus call Bee. Bee siap suruh g surau, bgtau parents. Heh.. and ayah's responses, "Awk balik la dulu, ayah nak kemas surau.." Adeh.. xpuas hati lagi nie.. siap g tny student chayanunalif yang sewa sebelah umah arwah nenek. "Tadi awk ada mengetuk-ngetuk ke? atau ada dengar orang mengetuk-ngetuk x?" "Oh!! Pintu bilik atas sudah rosak, kami betulkan pintu.." Lolipop..

Thursday, August 20, 2009

The Oath Taking Ceremony

B.O.R.I.N.G.

cam konvo jek :P

Friday, July 10, 2009

Summary for first week of class

After about 2 and half year leaving "school", once again I registered as a student, postgraduate student at Graduate School Management(GSM), UPM. Being a part-time student in the evening and full-time working from 8am till 5pm, hopefully it wont melunturkan semangat sedia ada. Even sometimes I felt a bit down and thanks to Bee for being really supportive.

So, on Monday there was a short briefing for new postgraduate student consists of MBA, MM, MSc, and PhD. Plg ramai of coz la MBA. From FSKTM I jumped to GSM and for sure, theres no one I know. Nvm, I can make friends later. Noted that only 20++ taking MM. Lol..

For this semester I'm required to take only 3 subjects, Organizational Behaviour(OB), Accounting for Decision Making(AfDM) and Operation Management(OM). All core subjects for management and text books also provided. F.O.C. I bet its only for core subject. Meanwhile for specialization subject have to buy by your own self. **sigh** Theres a lot of discussions, presentations and assignments too. Gambatte!!

Related Posts with Thumbnails