Monday, April 12, 2010

Cerita Hujung Minggu

Hari Sabtu I ada exam PTD. Bila tahu pusat peperiksaan dekat dengan rumah, boleh la keluar dalam pukul 8:30. Padahal dalam surat jemputan dah bagitau datang awal 30 minit sebelum peperiksaan bermula (dah kena ada kat sana pukul 8:30 :P). Memula, nak ikut jalan Hospital Serdang, belum sampai traffic light sblm tol UPM, jalan dah jemmed. Patah balik, ikut jalan dalam pulak (UPM - Mardi). Dari fakulti kejuruteraan tuh pun dah jammed. Gila la!! Sempat lagi bermukabuku. Update status. Kihkihkih. Tak pernah jammed teruk macam nih. Kalah orang nak pegi konvo.

Dah la masa nak keluar dari rumah, hujan renyai-renyai. Redho je la, redah hujan kalau parking jauh. Sebabnya, dalam kereta takde payung (sediakan payung sebelum hujan). Aduhai. Ramai yang parking sepanjang jalan dari simpang nak ke Mardi sampai la kat kawasan MAEPS (tipu - lepas turun bukit baru orang start parking tepi jalan). Semuanya dengan harapan, nak kejar paper seksyen A. Masa nih dah pukul 9 lebih. I plak parking kat Pasar Tani. Pasar Tani? Yea, Pasar Tani. Sebabnya, I nampak shuttle tengah tunggu mereka-mereka yang berjalan kaki. (Sangat kagum dengan ibu-ibu yang sarat hamil. Gigih ok! Parking jauh-jauh, jalan tak boleh nak cecepat, nak kejar shuttle lagi - Semoga luluslah mereka-mereka itu. Amin..)

Exam kali nih bukanlah untuk jawatan PTD sahaja. Untuk tahun 2010, berlaku sedikit rombakan pada sistem ambilan pegawai Perkhidmatan Awam Gred 41. Ianya melibatkan 14 jawatan termasuk Pegawai Tadbir Diplomatik. 14 perjawatan tersebut ialah

1. Pegawai Arkib Gred S41
2. Penguasa Kastam Gred W41
3. Penguasa Bomba Gred KB41
4. Pegawai Siasatan Gred KR41
5. Penguasa Penjara Gred KX41
6. Pegawai Penerangan Gred S41
7. Pegawai Penguatkuasa Gred N41
8. Pegawai Keselamatan Gred KP41
9. Pegawai Belia dan Sukan Gred S41
10. Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
11. Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41
12. Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
13. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
14. Penguasa Imegresen Gred KP41

Kesemua jawatan ini harus melalui Ujian Bertulis secara berpusat dengan format yang sama. Jika sebelum ini peperiksaan bertulis hanya melibatkan 4 perjawatan sahaja, tetapi kini ianya diselaraskan di bawah satu nama iaitu "Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41". Format peperiksaan cuma sedikit berbeza dengan format peperiksaan bertulis PTD sebelum ini iaitu di seksyen C dan tambahan ujian Sahsiah Diri dan minat. (Fakta bukan auta)

Exam sampai pukul 5 lebih. Kalau mula lambat, semua paper pun akan berganjak la masa dia. Secara keseluruhan, exam kali nih lagi senang jika nak dibandingkan dengan tahun lepas. Huhuhu. Tahun lepas punya exam, "Dukacita dimaklumkan, anda GAGAL ujian bertulis" (jangan la guna perkataan gagal. Kan ada perkataan lain yang lebih manis, TIDAK BERJAYA). Tsk tsk tsk.. Bila dah balik rumah, check online punya no angka giliran tak sama dengan dalam surat. Boleh? Adeh!! Dah la I ikut yang dalam surat. Harapnya exam kali nih berjaya!!

Semalam, pegi rumah Shah Alam. Bersihkan sikit-sikit. Baru 5%. Masih ada 95% nak kena kemas. Memang tetiap minggu pegi Shah Alam la lepas nih. Bekerja keras mengemas rumah, sebelum kerja menaiktaraf dilakukan. (Menaiktaraf a.k.a. membaikpulih segala kerosakkan). Harapnya dalam masa terdekat dah boleh mula.

2 comments:

masz14 said...

adeeb, aku doakan ko berjaya, tak sia2 meredah jem n hujan pagi tu.... hehehe!

Adeeb Liyana said...

hahaha.. tq mas ;)

ikutkan hati rasa macam nak patah balik je.. tp kagum lg skali dgn mereka-mereka yg sanggup meredah jem & hujan.. kalau aku patah balik, rasa macam rugi sgt2..

Related Posts with Thumbnails