Monday, June 29, 2009

Perniagaan MLM terus pacu pertumbuhan Hai-O

KUALA LUMPUR 30 Mac - Bahagian pemasaran pelbagai peringkat (MLM) akan terus memacu pertumbuhan Hai-O Enterprise Bhd. ke hadapan, kata OSK Research.

"Sudah tentunya, prestasi syarikat akan terjejas oleh kelembapan ekonomi tetapi pasukan MLM yang kuat dan bermotivasi akan membantu merangsangkan jualan Hai-O Enterprise," kata firma penyelidikan itu hari ini.

Untuk tempoh sembilan bulan pertama berakhir 31 Januari 2009, pendapatan dan untung bersih Hai-O Enterprise, masing-masing berkembang 25.8 peratus dan 23.4 peratus tahun-atas-tahun, terutamanya diterajui oleh pertumbuhan berterusan bahagian MLMnya.

"Jualan runcit terkumpul meningkat 4.8 peratus tahun-atas-tahun, didorong oleh sambutan Tahun Baru Cina sementara jualan pembuatan melonjak 109.4 peratus.

"Jualan borong dan keuntungan, bagaimanapun, mengecut 7.2 peratus dan 18 peratus tahun-atas-tahun disebabkan oleh tempahan yang rendah, kelemahan ringgit dan kos pengiklanan yang tinggi," kata OSK Research dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, perbandingan sukuan mendedahkan yang semua bahagian utama mencatatkan pertumbuhan jualan yang positif iaitu dari 1.3 peratus hingga 19.8 peratus dengan MLM menunjukkan pertumbuhan paling kukuh, kata OSK Research.

Meskipun bimbang yang permintaan untuk produk MLM mungkin terjejas kerana para pengguna beralih kepada alternatif yang lebih murah ekoran ekonomi yang lemah, permintaan pendasar untuk produk kosmetik dan penjagaan kulit kekal menggalakkan, kata syarikat penyelidikan itu.

"Ia disokong oleh 70 peratus asas keahlian yang dimonopoli oleh kaum wanita," katanya sambil menambah yang Hai-O Enterprise akan melancarkan produk penjagaan kulit La Praise awal tahun ini.

Sementara banyak syarikat telah mengurangkan skala perbelanjaan pengiklanan dan promosi mereka, sebaliknya OSK Research berkata, Hai-O Enterprise telah memilih untuk memperuntukkan perbelanjaan besar untuk mewujudkan kesedaran terhadap produk-produknya.

"Syarikat begitu menghargai perniagaan MLMnya dan kerap mengadakan ceramah dan seminar motivasi untuk melengkapkan ahli-ahlinya dengan kepakaran tertentu bagi membangunkan keusahawanan," katanya.

Syarikat penyelidikan itu berkata yang bahagian MLM Hai-O Enterprise kekal menggalakkan berikutan marginnya yang tinggi dan produknya yang popular seperti baju dalam untuk melangsingkan badan dan penapis air, adalah antara yang laris walaupun sentimen pengguna agak lemah.

"Asas keanggotaannya juga terus berkembang sebanyak 2,000 hingga 3,000 sebulan," katanya. - BERNAMA

Sumber

Saturday, June 27, 2009

Kenduri kawen lagi..

Dewan Banquet MBSA, Shah Alam - Sabtu, 27 Jun 2009

Hari ini, hari untuk sy menjadi single-mingle tidak ditemani suami terchenta. Apo nak buek, dio kojo. Den poie yo sorang2. Udah ler teman xtau tempatnya kat mana. 2, 3 org sy tny (ayah, enchek suami & kakaknya Ain). Rasa mcm hmm.. mcm salah je direction yg mike bg. Ayah ckap dkat dgn opis dia (ok, dah btul dah). Enchek suami ckap kena patah balik (mmg xkan smp dewannya klau patah balik). Kakaknya Ain ckap jln dpn ckit lalu kat Plaza Alam Sentral (dah btul jln dpn ckit, tp idak ler teman lalu ke PAS). Pasrah je ok.. Jln dpn ckit pas2 masuk kanan -> Izni & Izham


Masuk2 dewan je dah nmpk 1 meja penuh bebudak 18. Hehehe. Rindu sama mereka. Tp nak duk mane? Ate meja dah penuh. Xpe la, g amek nasi dulu. Masa beratur nak amek nasi, kat dpn rupa2 nya the newly weds - Nina & Syed. So, bleh join mike mkn skali. Lauk-pauk sgt sedap. Ada daging masak blackpaper (sesungguhnya suamiku sgt rugi xdtg.. :P). Tp masa duk cedok-mencedok, ada 1 lauk blum refill lg.. Lupa plak lauk apa.. lol


Sudah makan-makan, sesi amek gmbr, berceloteh, keep-in-touching2 bersama-sama mereka..


Sepatutnye esok ada kenduri Atikah & Anuar, but we cannot make it. So, here a song for you darling..


Wednesday, June 24, 2009

Premium Beautiful


  • warranty seumur hidup , service (cangkuk tercabut dll) FOC

  • 70% Kesihatan + 30% Kecantikan = 100% Keyakinan

  • ansuran serendah RM100 sebulan























Tuesday, June 23, 2009

Rejab datang lagi

Sblm nih dah pernah buat post psal bulan Rejab. Copy-paste je yang lepasnya. Renung-renungkan dan selamat beramal.. :P

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:
1.Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

DOA BULAN REJAB:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya

p/s : Baru je plan nak puasa Rejab.. Cik Mat Poi dtg plak. The best part klau pkai PB tak kan sedar bila Cik Mat Poi nak dtg. Xde rasa sakit-sakit. Thumbs up.. I loike..

Saturday, June 20, 2009

Pintu Rezeki

Hadis nabi menjelaskan bahawa 9/10 pintu rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala 1/10 lagi pintu rezeki adalah daripada makan gaji. Tapi ramai ke yang memilih untuk mendapatkan 9/10 pintu rezeki itu?

  1. Ada yang memilih untuk mendapatkan 9/10 pintu rezeki dan meninggalkan terus pintu rezeki 1/10 itu.
  2. Ada pula yang masih selesa dengan pintu rezeki 1/10 dan takut untuk mengorak langkah pintu rezeki 9/10 lagi.
  3. Ada juga yang mengambil 10/10 pintu rezeki itu.
Bagi kes yang pertama, kebanyakkan orang kita, akan mengambil keputusan untuk berhenti kerja makan gaji dan memilih untuk menjalankan perniagaan.

Bagi kes yang kedua, kebanyakkan orang kita juga, selesa dengan kerja makan gaji sahaja. Tapi selesa itu, adakah benar-benar selesa? atau setakat cukup-cukup makan? dan takut untuk memulakan perniagaan - Macamana kalau gagal? Sekali gagal tidak bermakna gagal selama-lamanya dan jatuh bangun adalah lumrah dalam perniagaan.

Bagi kes yang ketiga, kurang orang kita yang memilihnya. Saya tabik pada mereka ini. Mereka juga mempunyai 24jam sehari, sama seperti mereka pada kes pertama dan kes kedua yang mana kalau bekerja makan gaji 8pg-5ptg dan masa selebihnya digunakan untuk perniagaan. Tiada istilah "takde masa atau aku bizi".

Tapi dengan memulakan perniagaan, contohnya perniagaan cupcakes, itu baru 1/9 pintu rezeki perniagaan dan masih ada 8/9 lagi. Mungkin dengan perniagaan cupcakes kita boleh mengajar membuat cupcakes, menjual peralatan-peralatan membuat cupcakes dan sebagainya. Itu yang dikatakan 9/10 pintu rezeki dan kita mestilah kreatif untuk mencipta perniagaan.

Inilah yang dikatakan orang berniaga. Otak orang berniaga memang kreatif. Hari ini saya faham kenapa orang kaya terus kaya dan orang miskin terus miskin. Orang kaya terus menerus berfikir untuk terus membuka kesemua 9 pintu nya. Sedangkan orang yang belum kaya terus menerus membuka satu pintu yang dianggapnya sebagai sembilan pintu itu.

Dalam bahasa yang lebih senang dan jelas… jika kita ingin menjadi orang kaya atau orang senang, kita mesti mempunyai lebih daripada satu pintu reseki atau lebih dari satu pekerjaan. Tidak kiralah siapa kita. Makan gaji atau berniaga sendiri tetapi mesti ada DUA, TIGA, EMPAT, ..., SEMBILAN cabang sumber pendapatan. Bagaimana cara sumber pendapatan itu carilah sendiri. Kail sudah diberi… umpannya carilah sendiri… barulah boleh dapat ikannya.

Friday, June 19, 2009

Good news & bad news

Good news or bad news first? Hmm.. good news first.. :) Well, I just received my 1st cheque from Hai-o Marketing. Alhamdulillah. Dlm pale otak dah plan nak simpan tuk masa depan.. :) But then, here come the bad news.. :(


Huk..huk..huk.. What to do?? I dont have any option to pay for the fees.. and thanks God, my good news will become the life saver.. :P I have to KIV Bee's birthday present.. Perhaps next cheque, I'll get it for you darling..

Thursday, June 18, 2009

Happy Birthday Darling

You're My Everything

You are the sunlight that lights up my day
The moonlight that shines in my night
Everything that's good in my life
The one who's my guiding light

You are the force in my universe
The reason for my smile
The one who keeps me on track
The one who makes everything worthwhile

Happy Birthday to You..
Happy Birthday to You..
Happy Birthday to my Darling..
Happy Birthday to You..

Wednesday, June 17, 2009

Short Vacation @ The Zon Regency Hotel

After trying so many times to book Awana Ria Apartment Genting, Awana Golf & Country Club Genting & Awana Kijal Terengganu we ended up booking The Zon Regency Hotel, By The Sea, Johor. Awana's are fully booked. Mencik..mencik.. Nvm, maybe another time. Siang hari balik umah PIL, malam hari baru tido kat hotel. :P

We check-in around 11pm after follow the direction from map(not updated), signboard(also not updated, bila jln dpn ckit tetiba je dah xde signboard), receptionist("jln terus je". "sy pun xtau nak bg direction. mungkin bleh tny kat kedai-kedai tepi jln..") and kaunter petronas(yg plg bleh dipercayai..). From hotel's car park theres no lift, so we must pass by all the conference room to get to lift lobby. Since already 11pm, mmg xde la org kat conference room. Masuk bilik trus pengsan.

The room
These are the view from the room, seberang laut - Singapore. Lain kali plak pegi sana :P
Us, before check-out, still on tele-conversation with upline.. :P bhenti kat tepi pantai yg xberapa nak pantai sgt - kat dpn skola cina.

Friday, June 12, 2009

Happy Birthday to Me

Today we've an appointment with lawyer to sign the Sale & Purchase Agreement @ Othman Hashim & Co., Sepang. Got so many paper to be signed & must be signed on every page. Penat nak sign byk2. After this, I can have my own check book :P & officially I got a 'not-so-a-dream-house' on my birthday. Nvm, the 'not-so-a-dream-house' can be turned to home sweet home klau xde campur tgn org lain on how to renovate the house. Hopefully, one day we can have our own dream house in the near future.

Today also I've an interview as Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat for Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan. I'm headed to Pejabat Tenaga Kerja Bangi after Solat Jumaat & guess what?? "Pendaftaran dah tutup sbb pagi td yg mdaftar pun 1++ & mereka semua belum habis di temuduga." kata pegawai yg btugas. Dah tau yg mdaftar tuh ramai, xyah la interview lelama. Theres a lady who almost crying when she heard that. So pity. Aku rs sgt bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan tetap yg bertaraf kontrak. :P

Wednesday, June 10, 2009

Dinner @ Tony Romas

Last nite, we had an appreciation dinner for R&D, Implementation team members and colleagues who has been working closely with us. But for me, its not an appreciation dinner. Its like a farewell dinner for Choon Kit. So long, farewell..

My menu for the day is Chicken Tenderloin Platter. Pastuh siap tapau, sbb xabis. Sgt kenyang ok!! lol :P

Sunday, June 7, 2009

Weddings

Kg. Sagil, Tangkak - Sabtu, 6 Jun 2009

Janji dgn Ina&Shafiz nak gerak sama dlm kul 9. Lbh krg kul 11 smp la kat umah Nora. Tp hampeh. Jemboon xhengat!! Pastuh singgah jap kat hentian Seremban. Perut dah lapar. Beli kueh-mueh & roti je. 2 pun mkn dlm kete. Bleh plak terserempak dgn Kak Aspura & family kat sana. Samb balik perjalanan ke rumah Puan Nora :) Ina pun sms bgtau dia dah sah jd isteri kpd Enchek Helmy :) Hujan renyai-renyai plak.. Hujan rahmat :)

Spjg jln kat Pekan Tangkak tuh, ade byk kedai kain. Xpe2..balik nnt bleh singgah :P Lbh krg kul 12, br smp umah Nora. Smp2, trus g mkn. Hehehe. Helmy pun tgh mkn jgak dgn family dia. Kat cnie br nak ujan. Masa tgh mkn kena la tempias hujan bagai :( Pas mkn2, naik umah nora. Dia tgh tggu mak andam dtg, xdpt nak amek gmbr dgn dia pkai bj nikah. Sementara tuh, lepak2 kat ruang dpn umah dia. Bgosip2 bsama2 Ina&Shafiz :P

Ina.. aku suka giler dgn gmbr nih.. **wink** **wink**

Lame giler nak tggu Puan Nora.. Bak kata Ina, xpnah2 dia stay kat kenduri lelama.. hehehe.. aku pnah.. masa kenduri mas pastuh skrg nie kenduri nora plak..

Kekurangan seorang..

Pengantin lelaki yg bpeluh-peluh..hehehe..

Puan Nora tgh menanti Enchek Helmy membayar TOL..

Spesel tuk Ina..

Last but not least, bergambar bersama kedua mempelai..

Dewan MBSA Seksyen 19, Shah Alam - Ahad, 7 Jun 2009

Hari nih Bee keja, yeala smlm dah cuti. Tp Bee dtg jgak, all the way from office during lunch hour. Sudah lama tidak ketemu kengkawan Shah Alam. Tp xramai pun yg dtg, lost contact, xdpt jemputan & ada kenduri lain, cuti sekolahkan.. Tp xpe, jumpa jgakkan.. Nina nih satu dorm & satu klas masa sekolah kat Shah Alam dulu. Pas2 dia & Syed masuk sekolah teknik sama dgn Bee. So, Bee pun dpt la jumpa kengkawan masa kat sekolah teknik.

blur plak gmbrnya..
kami & Nina.. bleh Syed xmasuk skali.. :P

Dah mkn2, amek gmbr, dpt kad dr Cik Izni Masturina. Bee nak kena masuk opis balik & I've to attend another wedding @ Mardi.

Dewan D, MAEPS, Mardi - Ahad 7 Jun 2009

Sgt la jauh ke dalam dewannya.. Dlm hati cam, betul ke nih?? Tp xpe.. jln je jgak. Dah sorg2 kan. Plak tuh nak dekat kul 3. Ada org lg ke?? Masa diaorg bertunang, mmg xdpt dtg. Ada jemputan lain kat Klang. So, thn nie kena la g kenduri mereka.. Dah nama pun berjiran. Satu jalan lg. Segan plak klau xdtg.

Sbnrnya kami satu kelas masa sekolah rendah & bbrp thn lepas, Wani & family pindah kat kwsn perumahan nie.. Dlm pate otak.. Hmm nnt wedding dieorg nih mesti hebat. Khemah dr umah pengantin lelaki smp umah pengantin pompuan... Tp salah.. :P Dua-dua wat majlis kat dewan. Cuma akad nikah je wat kat umah..

Zeid, Dr. Nur Shazwani & me.. tersama tema la plak dgn mempelai.. :P

Anyway guys,

~Selamat Pengantin Baru~

Saturday, June 6, 2009

Keunikan & Kebaikan & Khasiat

Keunikan Dan Kebaikan Air Bio Aura Kepada Pengguna.

  1. Air menjadi lazat tanpa dididihkan.
  2. Bertenaga (Aura) meningkatkan keaktifan sel.
  3. Mempercepatkan proses metabolisme.
  4. Meningkatkan kapasiti nutrien (mineral).
  5. Meningkatkan kandungan oksigen.
  6. Molekul air halus memudahkan diserap.
  7. Melancarkan aliran peredaran darah.
  8. Membaiki sistem penghadaman.
  9. Mencegah masalah berkaitan jantung.
  10. Menyingkirkan bahan2 tidak diperlukan.
  11. Memperbaikan perpeluhan dan melegakan kepanasan.
  12. Membantu komunikasi antara sel dan kelajuan maklumat.
  13. Tidak mempunyai kesan magnetik tinggi.
  14. Kelembapan kulit dan memperlahankan penuaan.
  15. Meningkatkan kemampuan sistem immuniti.
  16. Nilai ph setara dengan manusia.
  17. Kegunaaan domestik untuk kesegaran makanan.

(Pengguna produk Bio Aura dinasihatkan untuk meminum 8 gelas dengan dimulakan kalimah "Bismillah dan Bacalah selawat")

Amalan Meminum Air Bio Aura dapat...

  1. Membantu merawat darah tinggi.
  2. Membantu merawat tekanan darah rendah.
  3. Membantu merawat tekanan (stress).
  4. Membantu merawat lumpuh (stroke).
  5. Membantu merawat arthiritis.
  6. Membantu merawat penuaan & nyanyuk.
  7. Membantu kecerdasan minda (kanak-kanak).
  8. Membantu merawat penyakit parkinson.
  9. Membantu merawat penyakit kulit (Allegik).
  10. Membantu merawat ulser (kulit) dan kulat kaki.
  11. Membantu merawat migraine (sakit kepala yang teruk).
  12. Membantu merawat insomnia.
  13. Membantu merawat rambut.
  14. Membantu merawat kesuburan & mandul.
  15. Membantu merawat asma.
  16. Membantu merawat masalah jantung.
  17. Membantu merawat gastrik.
  18. Membantu merawat bengkak usus.
  19. Membantu merawat urik asid (ghout).
  20. Membantu merawat kencing manis (diabetes).
  21. Membantu merawat Hepatitis B & C.
  22. Membantu merawat senggugut, keputihan dan urat bersimpul.
  23. Membantu merawat sembelit.
  24. Membantu merawat buasir dan batu karang.
  25. Membantu merawat kanser.
  26. Membantu merawat kelenjar prostat.
  27. Membantu merawat berkaitan dengan buah pinggang dan lain2.

Friday, June 5, 2009

Sistem Penapis dan Merawat Bio Aura

Penapis A : Ceramic
Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Dapat menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bakteria.

Penapis B : Bacteriostatic Filter Media

Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bakteria.

Penapis C : KDF + Resin + Activated Carbon Block
Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA National Safety Standards dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bakteria dan rumpair. Unsur Resin pula akan melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral.

Penapis D : Silver Carbon Block
Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsur logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.

Penapis E : Bio-Micro Ball
Teknologi penukar tenaga memecahkan molekul air kepada kelompok air yang lebih kecil secara berkesan supaya dapat diserap dengan senang oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen.

Penapis F : Nano Ceramic Ball + Bio-Micro Ball
Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detoksifikasi.

Thursday, June 4, 2009

Ciri - ciri Bio Aura Hi-Tech Water System

  • Rekaan yang mesra-penyelenggaraan: menukar dan membersih penapis menjadi lebih mudah dengan system “pusing dan kunci". Saluran hos dalaman tidak kelihatan untuk penapisan yang kemas.
  • Pemasangan yang senang: disertakan dengan alat gentian untuk kesesuaian jenis kepada paip rumah pengguna.
  • Penutup penapis yang berwarna: setiap penapis diindikasikan dengan warna yang berbeza untuk kemudahan pengguna.
  • Saiz penapis yang lebih besar: membekalkan kandungan yang lebih tinggi dan menjamin keberkesanannya.
  • Sesuai untuk kegunaan: rumah, pejabat, kilang dan kedai-kedai makan.
  • Pengiktirafan: kualiti air yang bertaraf dunia

Wednesday, June 3, 2009

Teknologi NANO dalam Sistem Penapisan Air

Selaras dengan kemajuan Nano, Bio Aura Hi-Tech Water System turut menggabungkan inovasi saintifik dalamnya. Dengan Nano, ia dapat mencapai fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.

Keberkesanan NANO dalam Bio Aura Hi-Tech Water System
  • Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat.
  • Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan.
  • Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien.
  • Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh.
  • Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum.
  • Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum.
  • Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan.
  • Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid.
  • Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan.
Apakah Teknologi NANO?
Revolusi terkini yang membawa kepada kemajuan dunia dalam abad ke-21 ini. Ia berasal daripada perkataan Latin, dengan cirinya yang bersaiz KECIL - 1 nanometer = 0.000000001 meter.

Tuesday, June 2, 2009

Air

Kepentingan Air Kepada Kehidupan Manusia
  1. Sumber kepada kehidupan dan komponen tubuh badan.
  2. Air dan unsur-unsur didalamnya diperlukan untuk kesihatan sel.
  3. Pemangkin dalam proses metabolisme.
  4. Menghalang proses dehidrasi.
  5. Agen menukarkan bahan makanan kepada tenaga dan menyerap nutrien.
  6. Mengimbangkan suhu badan, agen mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh sel dalam badan.
  7. Mengangkut dan menyingkirkan toksin dan bahan buangan.
  8. Menghalang proses penuaan, kekeringan, kerosakan dan penyakit.
  9. Agen pelapik yang menjadi pelincir dalam bentuk cecair di otot-otot.
Pencemaran Air : Air Hidup dan Air Tercemar (Air Mati)
  1. Pencemaran air memiliki hubungan langsung dengan tubuh badan manusia kerana ianya merupakan produk asas kepada kehidupan iaitu air minuman.
  2. Pencemaran menjadikan air hidup (air sempurna) menjadi air mati (air tercemar) kerana kriteria-kriteria air hidup mengalami gangguan dan kemusnahan.
  3. Air paip merupakan air yang mengalami gangguan dan kemusnahan kesan rawatan menggunakan klorin melalui rangkaian paip-paip besi yang karat dan sebagainya.
  4. Air paip mengandungi kotoran, karat, klorin, logam berat, kuman dan kimia. Air berklorin mengakibatkan risiko menghadapi kanser sehingga 93% (Inst. Kanser National USA).
  5. Kesannya, air mati mengandungi radikal bebas mengakibatkan penyakit terutama penyakit berbentuk degeneratif (penyakit yang berlaku dalam jangka masa panjang).

Monday, June 1, 2009

Bio Aura - Sistem Penapisan Air Dengan Teknologi Nano

Penyelesaian Sempurna Demi Keperluan Anda
  • Kandungan tenaga yang tinggi
  • Kesan terapi
  • Kualiti air yang sempurna
Ciri-ciri Bio Aura
  • Menggabungkan inovasi saintifik yang terkini - Teknologi Nano
  • Menghasilkan komponen bersifat nano dan kandungan oksigen yang tinggi serta unsur bio-tenaga untuk menjamin penyerapan nutrien yang lebih efisyen
  • Menggabungkan fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum
Kebaikan Bio Aura
  • Menhasilkan molekul air yang bersaiz nano untuk memudahkan penyerapan sel-sel badan
  • Menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat dan meningkatkan kadar metabolisme
  • Memperkuatkan sistem imunisasi badan
  • Membekalkan kekayaan bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan sistem badan

Related Posts with Thumbnails