Pintu Rezeki
Hadis nabi menjelaskan bahawa 9/10 pintu rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala 1/10 lagi pintu rezeki adalah daripada makan gaji. Tapi ramai ke yang memilih untuk mendapatkan 9/10 pintu rezeki itu?
- Ada yang memilih untuk mendapatkan 9/10 pintu rezeki dan meninggalkan terus pintu rezeki 1/10 itu.
- Ada pula yang masih selesa dengan pintu rezeki 1/10 dan takut untuk mengorak langkah pintu rezeki 9/10 lagi.
- Ada juga yang mengambil 10/10 pintu rezeki itu.
Bagi kes yang kedua, kebanyakkan orang kita juga, selesa dengan kerja makan gaji sahaja. Tapi selesa itu, adakah benar-benar selesa? atau setakat cukup-cukup makan? dan takut untuk memulakan perniagaan - Macamana kalau gagal? Sekali gagal tidak bermakna gagal selama-lamanya dan jatuh bangun adalah lumrah dalam perniagaan.
Bagi kes yang ketiga, kurang orang kita yang memilihnya. Saya tabik pada mereka ini. Mereka juga mempunyai 24jam sehari, sama seperti mereka pada kes pertama dan kes kedua yang mana kalau bekerja makan gaji 8pg-5ptg dan masa selebihnya digunakan untuk perniagaan. Tiada istilah "takde masa atau aku bizi".
Tapi dengan memulakan perniagaan, contohnya perniagaan cupcakes, itu baru 1/9 pintu rezeki perniagaan dan masih ada 8/9 lagi. Mungkin dengan perniagaan cupcakes kita boleh mengajar membuat cupcakes, menjual peralatan-peralatan membuat cupcakes dan sebagainya. Itu yang dikatakan 9/10 pintu rezeki dan kita mestilah kreatif untuk mencipta perniagaan.
Inilah yang dikatakan orang berniaga. Otak orang berniaga memang kreatif. Hari ini saya faham kenapa orang kaya terus kaya dan orang miskin terus miskin. Orang kaya terus menerus berfikir untuk terus membuka kesemua 9 pintu nya. Sedangkan orang yang belum kaya terus menerus membuka satu pintu yang dianggapnya sebagai sembilan pintu itu.
Dalam bahasa yang lebih senang dan jelas… jika kita ingin menjadi orang kaya atau orang senang, kita mesti mempunyai lebih daripada satu pintu reseki atau lebih dari satu pekerjaan. Tidak kiralah siapa kita. Makan gaji atau berniaga sendiri tetapi mesti ada DUA, TIGA, EMPAT, ..., SEMBILAN cabang sumber pendapatan. Bagaimana cara sumber pendapatan itu carilah sendiri. Kail sudah diberi… umpannya carilah sendiri… barulah boleh dapat ikannya.
No comments:
Post a Comment